Assalamualaikum and Hi



Yay Alhamdulillah dah masuk 1 Ramadhan, maksudnya kita berjumpa lagi dengan Ramadhan kali ini. Syukur masih di panjangkan umur. Excited jugak lah nak berpuasa kali ni sebab dapat berpuasa dengan keluarga tercinta. Tak puasa di Sabah lah. Tapi sedih sikit sebab tak dapat bebuka awal. Hahaha ni apa kes ni? Lempang tau lah.

Sebenarnya banyak cite nak cite dekat korang ni, satu minggu ni memang full blast penuh gila dengan pelbagai aktiviti. Harap harap korang sudi baca cerita aku yang akan datang ni tau. Pelabagai perkongsian yang nak di buat ecececece gitchuw. Apa apa pun kepada seluruh umat Islam, laksanakan tanggungjawab dengan sempurna okey. Dengar cite, diam diam pun boleh batalkan puasa. Jadi, jaga lah ye. 

nota kaki : Of kos lerr batal puasa kalau diam-diam makan di potang hari *tunduk*

Salam Ramadhan Al-Mubarak

by on May 27, 2017
Assalamualaikum and Hi Yay Alhamdulillah dah masuk 1 Ramadhan, maksudnya kita berjumpa lagi dengan Ramadhan kali ini. Syukur masih d...
Assalamualaikum and Hi

Flower Sateen : @panphin [instagram]


Ini colour kelabu tau

Sengaja betul pakai baju semua hitam supaya tudung tu nampak menyerlah. Sebenarnya jarang ni pakai tudung bawal sebab tak pandai nak jaga. Selalu memang pakai Shawl je. Tapi nampak cantik pulak Flower Sateen ni. Ramai tau yang puji cantik, sebab memang coraknya pun cantik hihihi

Ini bahagian belakang. Nampak tak corak tu comel sangat? [love]





CANTIK KANNN! Cantik sangat, sampai terpromote. 

Hahaha Okay apa pendapat awak tentang tudung ni. Cantik tak?


Assalamualaikum and Hi

Nampak tak banner dekat atas tu? Ini adalah Birthday Giveaway By Cik Nadyya #SecondGiveaway! Sesiapa nak join boleh tekan banner ye. Tak leh tekan banner, cari lah mana mana tulisan yang boleh link kan ke giveaway Cik Nadyya ni. [smirk]


Anyway kepada Cik Nadyya, Happy birthday to you. Semoga success selalu! Kekalkan momentum berblogging sebab blog awak sangat kemas dan cantik dan saya sukakannya! (bukan bodek, kenyataan ni) Semoga semua impian awak tercapai. Semoga menjadi anak yang solehah dan semoga Allah merahmati Cik Nadyya dan selalu berada di dalam lindungan-Nya. Amiin.

Skema sungguh aku buat ucapan, well memang itu ucapan yang selalu saya sampai ke orang lain. Anyway, HAPPY BIRTHDAY CIK NADYYA! [love]
Assalamualaikum and Hi

Time tengah siok berblogwalking (dah jadi verb) nampak satu segmen ni dari Amirah Azman. Wah nama sama sama Amira ni hahaha segmen yang sangat best, hadiah pun, terms and condition pun best! So tanpa berlengah masa, jom kita start! Kepada contestant yang lain, GOODLUCK TAUU! [wink]



Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://eira-shamiera.blogspot.my/2017/04/segmen-ringkas-by-amirah-azman.html
 ( CLICK banner untuk Join sekali)

TAMAT : 31/05/2017
So basically hadiah yang akan diberikan adalah untuk 5 ORANG pemenang dan hadiah dia sangat best iaitu poloroid! Mia memang suka poloroid tau, sebab saya suka bergambar. Bukan setakat di rumah je kerja menampal gambar di dinding, dinding bilik sewa pun kena sekali sebab memang minat. Jangan salahkan kite...

Jadi untuk gambar ini saya gunakan gambar di bawah, temanya ANUGERAH DEKAN. Wuish siap bertema kateko.


Alhamdulillah terima kasih Ya Allah
Alhamdulillah terima kasih My parents
Alhamdulillah terima kasih my lecturers
Alhamdulillah terima kasih TESLIANS! .
💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞 .
Im proud to be a TESLian! Congratulations and Goodluck fer this sem fellas! 💞💞💞💞 #kptmss#MiaDeanList


Okay kenapa ini yang sangat memorable? Untuk orang lain, anugerah dekan ni senang. Untuk pelajar lain mungkin dengan bermain-main mereka terus dapat anugerah dekan. Oh ya, untuk makluman awak semua kampus saya menetapkan GPA 3.75 baru dekan ya. Jadi saya memang sangat sangat bersyukur apabila setiap kali saya dapat dekan, berdiri di pentas, menerima sijil anugerah dekan. It an honour for me. Gambar ini saya upload semasa anugerah dekan saya yang pertama, Semester 1. Caption tersebut saya memang time malam dekan tu jugak upload, menangis gembira saya malam tu. Kebetulan Hari Ibu pula dan birthday Mama time tu. Jadi hadiah ini memang untuk Mama, seseorang yang keep support me in any condition. Mama, this is an appreciation post for you.

Kemudian semasa Dekan kedua, saya pergi juga tapi hanya sijil je yang saya dapat, jadi tak dapat ambil gambar time tu sebab sijil pun dalam gulungan hehe kena pulangkan balik sebab belum habis type nama saya. Kemudian semasa dekan kali ke tiga, saya sangat tidak percaya dengan keputusan yang saya dapat. GPA 3.92 adalah pointer saya paling tinggi antara ketiga-tiga semester ini. Kemudian saya terkejut apabila saya dinobatkan sebagai Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik dan Ko-Kurikulum di mana pada semester 2 & 3, saya merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Exco Penerangan & Penerbitan. Dan saya sangat tidak sangka dan bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t. kerana beri saya peluang untuk mendapat anugerah lagi. Masa dapat anugerah ni, saya semester 4. Yelah belum final semestr 4 time tu. Selepas sahaja saya terpilih menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Semporna, tiba tiba dapat Anugerah ni, memang terkejut habis. Taktau pun dapat anugerah. Sebab biasanya saya macam dapat rasa yang saya tak sehebat pelajar yang lain. Sekali dapat, dan memang merah muka time tu.

Sepanjang semester 3, memang tak dapat percaya yang saya akan dapat 3.5 GPA. Balik je semenanjung terus minta ampun maaf dengan parents, sebab rasa memang tak dapat 3.5 pun. Not even dekan, 3.5 pun macam tak lepas. Sekali dapat result, tengok pointer, menggigil hampir pengsan hahaha drama sungguh! Tapi memang orang cakap, bila something yang kita nak sangat dapatkan kemudian bila kita tak expect kita dapat dan akhirnya dapat, hampir gugur tau jantung. Memang serious, saya akan kenang semua anugerah ni untuk masa depan saya. 


Cak cak pulak dia ni 🙈🙈 #kptmss #kptmsemporna #deanlister#teslian

Sebenarnya ini sambil revise cerita time saya anugerah dekan dulu. tak sempat nak upload di  Blog ni. Biarlah abadi selamanya kenangan ini di sini. Kalau sempat, nanti saya upload balik cerita cerita lain ye.

Oh ya anyway, untuk segmen ini juga, kita mesti follow rules yang telah diberikan. Yang mana, saya sudah laksanakan semuanya! Harap harap ada rezeki untuk menang. End for now!

Segmen Ringkas by Amirah Azman

by on May 09, 2017
Assalamualaikum and Hi Time tengah siok berblogwalking (dah jadi verb) nampak satu segmen ni dari Amirah Azman. Wah nama sama sama Amira n...






A
ssalamualaikum and Hi

Memandangkan sekarang ramai nak mula serius dengan kerjaya sebagai seorang Blogger, ini adalah salah satu tips atau keperluan yang sangat diperlukan untuk seorang blogger. Apa guna Sitemap ni? Sitemap ni seperti kita punya ringkasan topik dalam blog. Dah siap disusun semua kita punya posts dan senang untuk pembaca kita cari post-post kita.



Sebagai contoh, cuba tengok Mia punya sitemap di bawah. Nampak tak Mia ada page sitemap tu?


Ini lah page Sitemap Mia, senang lah jugak untuk korang cari-cari posts Mia kan?


Macam mana nak buat tu? So jom ikuti langkah dibawah. Sebelum itu, tutorial kali ini Mia nak kredit dulu. [KLIK SINI]

Langkah pertama adalah dengan log in masuk blog korang dan klik pada page dekat bahagian kiri tu.


Cara mudah buat sitemap blogspot


Seterusnya adalah klik pada New Page.


Cara mudah buat sitemap blogspot

Kemudian klik pada HTML (sebelah compose)


Cara mudah buat sitemap blogspot

Langkah seterusnya adalah, copy ayat di bawah ini dan tukar tulisan yang dihitamkan tu dengan URL blog korang. Kemudian pastekan pada ruang kosong dekat blog korang tu (macam nak update entry baru). 

 <script src="https://sites.google.com/site/script4shared/sitemap.js"></script><script src="http://blogbaru.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>
Bila dah siap semua, preview dulu dan save. Dah siap! Hehehhe. Mudah kan nak buat sitemap dekat blog ni. Selamat mencuba! 

Jangan lupa KOMEN di bawah tau! 

Love, Mia.

Assalamualaikum and Hi

RAMAI yang tak tau sebenarnya calculator iPhone ni boleh je delete satu satu tanpa perlu tekan C dan kehilangan semua pengiraan.

APA? Awak tak tau?

Ni nak share something ni dengan awak tentang iPhone kesayangan kita!


  • Buka Application 'Calculator' di iPhone anda
  • Tuliskan digit untuk pengiraan anda

Ini contoh nombor digit anda perlukan
Cuba Swipe ke kanan sekali, ada tak perubahan?

Cuba swipe ke kiri atau ke kanan lagi, ada perubahan tak?

Sekrang cuba swipe banyak banyak kali kanan kiri, kanan kiri...

Harap harap tips ni boleh membantu awak discover tentang iPhone awak lebih dalam lagi! Kalau rasa membantu, tolong komen di bahagian bawah ye!




Assalamualaikum and Hi

Haritu, dalam semester ni jugak lah. Masa baru baru nak masuk semester, masa tengah jalan-jalan dengan aunty di Oceanous Mall Kota Kinabalu, time tu tengah demam dan rabak sangat-sangat. Niat datang KK nak berjalan-jalan sekali demam panas sampai 38 darjah celcius, memang panas yang amat. Menggigil-gigil tapi sebab ada masa satu hari ja untuk spend time dengan aunty kesayangan, maka gigihkan jua diri untuk spend time sama aunty.
Masa tu, saya ada suda dua handphone satu Oppo Smartphone F1 dan iPhone 5C colour biru yang comel yakmat! Disebabkan faktor demam dan tak sihat sangat-sangat time tu saya tak sedar handphone iPhone saya tercicir. Nak di jadikan cerita, saya dan aunty parking kereta kemudian kami berjalan, berborak, makan, lepak. Orang lepak takkan tak pegang phone kan. Perasaan saya kata, iPhone ada dalam bag. Saya jenis yang suka guna handphone besar, jadi iPhone lebih kecil di banding Oppo, kebiasaannya memang saya akan masukkan iPhone ke dalam bag. Jadi yang saya pegang di tangan adalah Oppo.

Dijadikan cerita, tengah chat-chat di dalam group, ada satu chat masuk di dalam group itu juga berbunyi begini, 


"Kepada pemilik hp ini, sila hubungi nombor ini segera. HP anda telah tercicir."
Rasa demam time tu terus hilang. Tiba tiba rasa segar, rasa semangat, tak gigil gigil dah. Terus bagitau aunty, kami pun bayar makanan dan terus mencari. Orang-orang dalam group dah pm hp oppo time tu. Sibuk mencari, "Mia okey ke tak handphone kau?" "Mia siapa chat guna handphone kau tu" dan sebagainya. Pada masa tu, menggelabah macam nak mati pun rasa macam tak guna dah. Yang penting kena rilek, kena tarik nafas dalam dalam, jumpa orang tu. Jumpa pun di security guard, nasib baik jumpa dengan security. Tapi, paling teruknya, security ni bijak juga lah. Dia guna emergency call, untuk cuba reach saya. Di dalam medical ID saya, ada number handphone Mama, Papa dan boyfriend lah time tu. Dah dua tahun guna, tak ada tukar tukar medical ID. Boyfriend time tu dah takde kena mengena kot, mungin security call dia jugak. Kesian awak. Hahaha. Security pun call papa. Di saat-saat gelabah tu, security call mama, tapi mama tak angkat. Kemudian dia call papa, papa angkat dan dengar suara lelaki.

Kalau awak di tempat papa saya, bila nampak nombor anak sendiri yang call dan bila dia angkat muncul suara lelaki mencari anak kita. Terkejut tak? Mungkin hampir jatuh gugur gedebuk jantung kot. Anak perempuan, muncul suara lelaki mencari-cari kita. Di saat itu, mungkin papa terkejut dan memarahi security, sedangkan security tidak kenal saya. Maka terjadilah drama sekejap. Papa pula call number saya yang satu lagi, dia pulak marahkan saya pergi cakap itu boyfriend saya. HAHAHA. Okay a bit funny sebenarnya. Tapi kenyataan, saya terus tone down ayah saya dan cakap, "I will handle this. Just believe in me." Akhirnya, jumpa dah handphone dan bersyukur sangat, handphone telah di jumpai!


Jadi, untuk apa sebenarnya medical ID ni? 

Macam mana cara nak gunakan? 
Apa kelebihannya? 

Haa tenang, sabar... ni nak ajar lah ni. Khas kepada anda si pengguna handphone iPhone. Jom discover handphone anda! [wink]

Medical ID ni digunakan seperti IC kita sbenarnya. Kalau kita tengok dia ada tempat untuk letak biodata diri, berat, tinggi, jenis alahan dan beberapa ruangan yang lain seperti nombor emergency yang boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan atau kehilangan. Jadi anda yang tidak pernah daftar medical ID, memang DIGALAKKAN untuk mendaftar kerana rugi dan sayang sangat kalau tak gunakan kelebihan yang ada pada iPhone ni! 


ATTENTION : This is an iPhone 7 Plus lock screen so might be slightly different to other iPhone models. But this tutorial could be helpful to hack your iPhone in emergency mode [wink]


PERHATIAN : Ini adalah 'Lock Screen' iPhone 7 Plus dan mungkin agak berbeza dengan model iPhone yang lain. Akan tetapi, teknik ini boleh digunakan untuk membantu anda meneroka iPhone anda ketika dalam Mod Kecemasan.

Firstly, This is your Lockscreen
Pertama sekali, Ini adalah Lockscreen anda.


Anggap iPhone ini tidak ada Touch-ID, jadi mesti tekan button HOME untuk masukkan passcode seperti biasa

Untuk orang yang tidak biasa menggunakan iPhone atau tidak tahu passcode empunya handphone boleh terus tekan Emergency.

Selepas tekan button EMERGENCY, passcode tadi akan bertukar menjadi seperti ini. Dimana perkataan warna merah di atas itu akan bertukar-tukar kepada beberapa bahasa lain. Nampak tak star merah di bahagian bawah *Medical ID ? Tekan itu.

Kemudian selepas tekan *Medical ID tu, maka muncul lah Medical ID anda. Dan dari situ lah orang boleh call sesiapa sahaja yang anda daftarkan disitu untuk mengetahui keadaan anda. Sama ada handphone yang hilang atau ada kemalangan.
HAA, FAHAM KAN?

Sekarang, macam mana nak daftar Medical ID tu?

Okay, ini adalah Home Screen anda selepas dari step Pertama tadi. Cantik kan Evogue saya hahaha. k k sambung cerita

Okay, di handphone saya, saya letak Health di folder Extras. So, cari Apps Health anda di iPhone anda sekarang!

Kepada yang tak pernah buka Apps Health ni, ini adalah front page dia ya. Jangan terkejut-terkejut. Di bawah tu ada 4 pilihan iaitu Health Data, Today, Sources dan Medical ID. Untuk Tips kalini, Terus choose Medical ID ya.

Jangan lupa tick pada "Show When Locked" supaya boleh nampak option Medical ID jika handphone anda lock! Dan jangan lupa juga isikan maklumat-maklumat yang berkenaan dengan anda ya. Habiskan semua maklumat tu sehingga bawah-bawah. Dan anda settle!
Untuk cuba-try-test boleh save, kemudian lock screen balik. Then boleh try ikut first tips tadi ya. Kalau tak boleh, try lagi ikut sehingga boleh tau!

Jika rasa info ini bermanfaat, jangan lupa KOMEN dan tinggalkan footprint awak di bawah ;)

iPhone Hacks : Medical ID

by on May 06, 2017
Assalamualaikum and Hi Haritu, dalam semester ni jugak lah. Masa baru baru nak masuk semester, masa tengah jalan-jalan dengan aunty di...
Assalamualaikum and Hi

Perasan tak setiap entri mesti cakap minta maaf sebab asyik-asyik hilang? Jujurlah aku cakap, lepasni jangan percaya dah. Memang confirm hilang-hilang. hehe. Hilang kalau setakat satu dua hari masih boleh terima lagi, ini tidak. Sekali hilang, berabad baru jumpa balek. Sesiapa yang masih membaca entri ini, jangan lupa komen-komen ye di bawah! Dan saya ucapkan terima kasih banyak banyak, saya sayangkan awaaakkk! *love struck* 
Nak dijadikan cerita, entri kali ini in shaa Allah bermanfaat untuk semua pembaca especially kepada calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar atau lebih dikenali sebagai MPP. Beberapa kolej dan universiti tak panggil MPP, ada nama nama lain seperti JPP kalau di IPG (kalau tak silap) dan juga beberapa nama lain. Tak ada masalah. Ini hanya sharing saya sahaja. Kalau rasa bermanfaat, boleh lah di amalkan ye ;)

Nampak tak, belum masuk topik dah panjang mukadimahnya, tak sampai lagi point sebenar ni, masih lagi di awal-awal cerita tapi bukan main semangat menaip. Topik kali ini, adalah ikhlas dari hati dan berdasarkan pengalaman sendiri ye. Dan juga turut menceritakan kemana hilangnya diriku selama ini, ye awak awak. Tekaan yang tepat. Disebabkan terlalu menabur bakti kepada pihak kolej sehingga blog saya terabai... *lalu burung-burung berkicauan*

Takdelah, tapi memang betul. Memimpin ni bukan satu tugas yang mudah dan bukan juga susah. Ianya tak susah tapi juga tidak semudah yang disangka. Orang akan cakap, jadi ketua ni seronok, tinggal suruh-suruh orang je. Tapi ada tak kita fikir, ketua kena pastikan semua teratur supaya tidak ada masalah dikemudian hari? Pernah terfikir tak masalah yang ketua perlu hadapi namun terpaksa sembunyikan dari pengetahuan ahli majlis yang lain supaya kerja yang dihadapi sekarang boleh disiapkan tepat pada masanya? Tekanan emosi, minda dan tenaga boleh buat ketua ni tak lama gila. Ndak lama gila bilang urang kampung sia. Sot kunun. Tapi jangan risau, topik ni bukan untuk takut-takutkan orang. Sesiapa yang mencalonkan diri sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar, memang tabik spring berpiringgggg dengan awak kerana dari beratus orang di kampus awak, awak berjaya mencalonkan diri! HEBAT LUARBIASA!




Ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan kepada para calon supaya lebih bersedia dalam menghadapi proses percalonan lebih-lebih lagi manifesto. Haaa apa tu, seram sojuk je. Haa baca ni...

#1 : Manifesto Mesti RINGKAS, PADAT dan MUDAH DIFAHAMI

Letakkan diri anda sebagai seorang pelajar. Anda nak tak dengar manifesto merapu dan membebel panjang-panjang. Makin kita suarakan manifesto yang merepek, makin pelajar beri respond bermain main. Bukan bermaksud kita tidak boleh berjanjikan bulan bintang, tapi tepuk dada tanya selera. Mampukah kita?

#2 : Tunjukkan KREDIBILITI sepanjang musim berkempen.

Memandangkan MPP adalah salah satu organisasi yang berkempen secara sihat dengan tujuan yang murni, persaingan dikalangan pelajar juga sengit. Persaingan sengit adalah persaingan yang sihat! Kredibiliti tu macam mana? Dari segi tutur bicara, cara pemakaian dan paling penting MESTI sentiasa senyum. Jadikan senyum itu satu kebiasaan. TAPI, jangan time berkempen je senyum, memuji sana sini, petik bulan bintang. Dah menang, dapat masalah sikit, terus gelabah takde nak senyum-senyum dah. Salah tu.

#3 : Manifesto yang baik adalah manifesto yang ada TAGLINE dan sebutkan dengan penuh yakin dan TIDAK membosankan

Salah satu cara untuk membuat pengundi mengingati anda, adalah anda tampil menonjol dengan tagline sendiri. Kebiasaannya yang ada tagline sendiri ni, lebih menarik. Apatah lagi kalau anda jenis yang pandai jawab soalan cepumas. Memang terbaik. Maksudnya, anda memang telah tahu selok belok kampus. Jadi kalau anda diberi mandat, memang terbaik meletop lah kampus tu nanti. Pelajar pun tak menyesal undi. Ye dok? 

Ini lah beberapa cara yang saya guna juga untuk bertanding haritu. Sebenarnya memang nak share awal-awal lagi, tapi tak sempat sebab banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Itu lah selalu hilang-hilang tu. Tak sempat nak sharing. Cara ini menurut saya, adalah pemahaman yang basic ye. Sesiapa sahaja mampu jadi ketua. Walaupun seorang perempuan. Manifesto saya, saya bahagikan kepada tiga. Boleh rujuk
kepada gambar lah ye. Oh ya, sebelum mengundurkan diri, semoga teknik ni mampu membantu para calon ye. Ingat, galas tanggungjawab dengan penuh amanah.

Anyway, sepanjang saya typing ni, saya baru lepas jawab soalan final exam. Rasanya belum terlambat untuk saya wish Selamat BerFinal para pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah!