ABOUT ME

Assalamualaikum dan Hi. Hello semua. Hi people! Nama saya ialah Mia. Saya berumur 20 pada tahun 2017. Wah dah tua rupanya. Belajar di Kolej Poly-Tech MARA Semporna, Sabah. Berasal dari Selangor tapi membesar di Negeri Sembilan. Berusaha menjadi bloger tegar sejak 2012 tapi asyik tertunggak sebab banyak kerja sekolah, assignment dan hanya boleh update benda yang di rasa menarik sahaja. Acah acah nak jaga traffic la. Tapi aku tengok banyak omputih je yang keluar masuk traffic aku. Tah paham ke idok diorang dengan celoteh aku.

Kenapa saya belajar jauh sangat sampai ke Sabah? Well sebenarnya niat di hati tu nak ambil account. Memandangkan aku dulu background di sekolah ambil subject Science Perakaunan. Jadi memang dah faham betul lah dengan debit, kredit, liability, ekuiti pemilik, akaun kawalan penghutang dan sebagainya. Kemudian kalau tak lepas, teringin lah ambil law. Perundangan sebab memandangkan aku ni jenis judgmental sikit dan boleh lah di kira ada pendirian yang tetap jadi macam berani la memberi hujah dan fakta dengan lantang. Tapi nasib tak menyebelahi aku, memandangkan result pun sangat cantik [palm face]

Nak di jadikan cerita, ayah aku suruh aku ambil subject yang aku sangat mahir di SPM. Maka, Teaching English as a Second Language (TESL) lah subject yang aku ambil time diploma. Well, I cannot speak english fluently but hey.., I will be an english teacher someday.... & a mother to our children. #ciaciacia

Tapi disebabkan #bahasajiwabangsa jadi aku buat keputusan untuk menggunakan bahasa melayu dalam blog aku. Well, ingin memperkenalkan Malaysia kepada dunia ni bukan susah pun. Just jangan acah acah cakap english campo dah lah. Kalau pelat biar pelat betul. Ye dok? Kalau masih makan belacan, takde rupa lah nak pelat pelat. Pedas belacan tu confirm boleh straightkan lidah. Tu la pasal orang melayu ni hebat berkata-kata. Belacan punya penangan.

Anyway, ini cerita tentang aku. Bukan belacan. So back to our main topic. Kenapa nama boleh jadi Mia? So actually nama sebenar ialah Amira. Tapi biasalah masa kecik mestilah ada pelat. Rasa nya belum ada kot aku jumpa budak kecil terus pandai berhujah. Mesti ada pelat. Tapi pelat aku takde lah huruf R tu jadi W. Mewah instead of Merah. Tapi pelat aku ialah R bertukar jadi Y. Haa lebih dahsyat bukan? [wink]

So actually my name is Miya sebutannya. Tapi mana ada orang sebut Mi-Ya. Pelik jadinya. Jadi lama lama jadilah M-I-A. Missing in Action. Oh ya, aku memang selalu hilang-hilang. Tak percaya? boleh tanya member aku lah. Bukan time meeting Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) je aku pandai hilang. Dalam kelas pun boleh. Kejap ada di kelas, tutup mata sikit terus dia hilang. Nyorok belakang buku. Rajin kan I? [wink] 

Aku suka buat video, aku suka menulis dan suka ambil gambar. Oh ya, aku suka main social media sangat sangat. Kadang banyak aku express feeling aku yang berbunga tu di social media dari di dunia nyata. Kalau di dunia nyata ni ramai sangat cepat sentap. Kalau di social media ni boleh lah nyorok sikit, guna alasan "kalau aku tak sebut nama, jangan terasa." padahal memang maksudkan dia. Hoho. Teringat lagi zaman dulu aku hampir semua social media ada. SEMUA TAU. Dari yang web boleh disebut nama sampai aku dah tak boleh sebut dah. Sebab dulu suka sangat guna social media. Tapi sekarang hanya setia kepada beberapa social media sahaja. Jangan lupa follow tau [wink] 

Okay memandangkan blog ni banyak cerita yang saya rasa menarik sahaja. Like travel or even tips, kalau rasa bermanfaat jangan lupa share oke ? Jaga diri baik baik. Assalamualaikum dan bye!

Comments

  1. Hi dear :D Salam kenal ya , done follow here.
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. wahh, background prakaunan. bole geng nih. hee :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts