#MiaGoVacation : Kundasang - Desa Dairy Farm


Assalamualaikum and Hi

Since kita dah ada di Sabah, apa kata kita jalan jalan ke tempat tempat yang kita semua selalu dengar di kaca televisyen, di dada dada akhbar tentang New Zealand yang ada di Malaysia! Wow!

Memandangkan semua orang pun dah tau kan, Desa Dairy Farm terletak di Kundasang, Sabah. Tempatnya yang sangat sejuk, angin dia mak kau memang best! Kalah Cameron Highland wa cakap lu! Sejuk dia memang tahap cucuk darah lah. Tapi seronok, sebab tak sentuh air. Cuba sentuh air atau mandi. Fuh, bukan setakat menusuk tulang, menusuk jantung, hati, limpa, hempedu semua ada lah!


So untuk ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam dari Kota Kinabalu. Sekiranya tidak ada traffic jam atau hujan atau pemandu membawa kenderaan secara sangat berhemah sehingga terlalu slow sampai tahun depan mungkin baru sampai ke Kundasang, maka akan mengambil masa yang agak lama lah ya. Mungkin lebih sehingga ke 5 jam. Tapi haritu kami bertolak dari Kota Belud memandangkan tinggal di area area sana, so perjalanan tidak terasa terlalu lama. 


Jangan risau Kundasang ni, korang masuk je kawasan dia memang dah sejuk. Nak jimat, buka tingkap dan rasakan lah kesejukkan Pekan Kundasang ni. Kundasang ni macam Cameron Highlands but lebih sejuk lagi la. Awak mencari strawberry, sayur, semua memang ada. Tak percaya Kundasang sejuk? Even di lagu dia pun ada bah!


Kinabalu dekat di Kundasang,

Banyak sayur boleh pilih-pilih....
Apa guna pergi luar negeri,
Tengok Kinabalu hati saya rindu...
Haa kata kau sekali menyanyi daa... Oh ya untuk pengetahuan semua, sepanjang awak jalan di area Kundasang tu, saya nasihatkan cuba berjalan di jalan besar dia tu. Park kereta awak di pekan Kundasang dekat dengan KFC tu. Kemudian awak berjalan la around pekan tu. Awak akan nampak baaaanyak bundle! Rasa macam pergi Pesta Bundle tau! Awak memang kena jalan ke sana. Banyak baju cantik cantik dan murah murah. Paling best lagi, tawar menawar adalah dibenarkan. Tapi tak semua tempat ya. Ada gerai yang harganya fixed price. Jangan lah air tu RM2.00 awak pergi tawar jadi RM0.50. Terlampau juga baa. Ketara tida ada duit. hahaha just kidding

Sampai di atas tu, maksudnya bila tiba di Desa Dairy Farm, anda boleh nampak New Zealand dah. Luas tanah terbentang menghijau, angin sepoi sepoi bahasa, nampak sekumpulan lembu meragut rumput menghijau yang kita tak sure plastik atau betul. Okay sebenarnya rumput tu rumput original okay. Bukan plastik. Warna hijau dia memang pekat macamtu. Awak kalau suka benda benda hijau, atau geram sangat dengan rumput hijau dia tu, cuba lah tapau bawak balik ye. kalau diizinkan. Saya tak ajar tau ;p

Masa kami masuk tu memang mengambil masa agak lama sedikit sebab kita perlu membayar yuran masuk, atau in english Fee Entrance which is cost us around RM5 only. Tapi tidak ada dia bagitau untuk orang semenanjung harga lain, untuk orang Sabah/Sarawak harga lain. So maksudnya memang harganya standard! 

Selepas awak masuk, awak akan lalu kawasan kawasan menarik seperti Kandang Lembu. Ada dia tulis situ Barn A and Barn B. besar sangat! Sebijik macam kadang lembu dalam pilem pilem omputih tu. Tapi kami tak sempat gambar sebab kereta melaju kan. Kemudian awak pun pergi la cari parking kereta.


Masa masuk tu akan ada batu besar yang sudah di cat menjadi warna lembu, jangan awak salah anggap bahawa batu itu ialah lembu ya. Belum pernah nampak lembu sebesar itu. Hihihi.
Masa awak masuk tu, memang akan ramai orang bergambar dan membeli. Kami masuk, kami terus membeli. Beli susu Desa!


Taraaaa ini dia susu DESA perisa Chocolate!
Ohh memang Mia minum chocolate ja. Oh ya, rasa dia memang sedap! TIP TOP! Tak rasa, memang rugi! Rasa susu Vanila atau Original dia pun sedap. Segar. Memang rasa lembu lah. Fresh betul. Sungguh. Siapa datang sini, WAJIB. W-A-J-I-B minum susu ni okey. 

Kemudian awak boleh jumpa bunga matahari yang besar tu di sana! Tapi Mia sekali lagi tak sempat nak ambil gambar, sebab sangat sangat ramai orang time tu. Dan time kami datang tu petang suda, jadi takut terlimpas masa sampai gelap nanti. So kami pun ambil gambar ja mana mana boleh ambil gambar hehehe.

Niat nak post gambar selfie selfie kami. Tak yah lah. Tengok je gambar lembu bawah ni. Lama dia tunggu korang dari tadi.


Alaa dik, pandangla sini. Baru nak ajak selpi.

And yeaa, IM TOUCHING A NEW ZEALAND COW! *super excited*
Okay jom kita tengok gambar pemandangan pulak.




Mia and Naner menguasai memory phone kawan. Dah lah pinjam henpon orang.

Akak terer turun bukit tak jatuh pun. Awak boleh ke?

Angin bertiup kencang, habis tudung hakak terbang terbang

Time paling lawak ni. Nanti hakak cerita.
Takpe lah, akak cerita jela sekarang. Time ni memang lawak. Kalau dah nama manusia kan, tengah jalan pun dia nak terbaring. Ni dekat tangga pun dia nak bergaya. Time ni ada orang menunggu nak lalu tangga tu. Tapi kami suka suka hati je bergambar. Kepada kakak dan adik kecil yang menunggu kami dengan penuh sabar time ni, kami minta ampun minta maaf banyak banyak ya kak. Terima kasih juga sebab sabar menunggu kami bla dari situ. hahaha


Phone dah penuh, kita penuhkan GoPro pulak hahaha Iklan gigi untuk semuaa

Mano lah laki den ni tak sampai sampai. Jenuh dah menunggu ni yob!

Haaaa, ini lah lembu besar yang akak cakap tu. Batu lembu yang akak kata jangan bergambar dekat situ. Sebab ini just batu, bukan lembu! Tapi ada la kepala lembu dekat situ. So siapa nak bergambar, sila la.

Okay rasanya tu je kot cerita untuk di Kundasang. Banyak lagi cerita yang kita nak share share ni. So jangan lupa, follow blog ni dan PASTIKAN jangan sampai terlepas cerita cerita travel seterusnya!

Comments

Popular Posts