RESEPI KUE TIAW GORENG WARUNG




ASSALAMUALAIKUM AND HELLO

Semenjak cuti semester ni, rasa rindu sangat nak main masak-masak. Kalau dekat rumah sewa memang tidak lah nak masak. Kalau dah pergi pagi, balik pagi jugak. Hahahaha. Jadi sementara tengah cuti semester ni, kita main masak masak dekat rumah lah. 

Makanan yang paling ramai selalu skip ialah Sarapan Pagi atau Breakfast. Ramai yang anggap breakfast atau sarapan pagi ni sambil lewa. Tak sempatlah, tak cukup masa lah, tak rasa laparlah. Breakfast atau sarapan pagi adalah penting untuk kesihatan tau. Sebab kita perlukan tenaga di pagi hari untuk memulakan hari. 

So sekarang, Mia nak tunjuk macam mana nak masak Kue Tiaw ringkas ala warung ni. Senang, mudah dan sedap!

LEVEL SKILL MEMASAK : BEGINNER

BAHAN - BAHAN WAJIB
  • Kue Tiaw 
  • Mentega
  • Cili Giling
  • Telur (ikut suka) 
  • Daun Sup
  • Perasa makanan 
  • Bawang
BAHAN TAK TERLALU WAJIB
  • Garam / Perencah Makanan 
  • Kicap



1. Kita kena readykan dulu semuanya. Kue tiau ni korang boleh buat dua cara, sama ada korang just biar macamtu je atau korang rebus dulu. Bezanya, kalau korang tak rebus, memang bentuknya kejung macam dalam gambar ni. Tapi kalau korang rebus, nanti masa masak tak payah tambah air dah. So you guys can choose. Semua bahan macam bawang dan daun sup, boleh lah hiris hiris ikut suka hati. Ingat, memasak mesti dari hati <3



2. Bila semua dah ready, korang pertama sekali mestilah letak mentega dahulu ya. Kita tak guna minyak tau. Mentega ni buatkan masakan lebih masin, so kalau tak nak guna garam pun takpe. 



3. Lepastu korang masukkan bawang tau. Daun sup last k. Tu sebagai perasa je and hiasan sikit. So nampak lah hijau hijau pada masakan. GO GREEN!


4. Lepastu korang masukkan perencah, if korang nak guna perencah. Perencah ni tak kisah brand apa, nasi goreng ke, bihun goreng ke, tapi untuk resipi kalini Mia guna Bihun Goreng je. 



5. Kemudian masukkan telur. Tak kisah korang nak letak berapa banyak. Mia letak dalam 3 biji telur je. Kalau korang suka telur banyak banyak, letak je. 


6. Lepastu letak cili giling ikut citarasa korang. Nak pedas, letak lah cili lagi. Tapi Mia tak makan pedas sangat, so Mia improvise sikit. Mia letak cili giling je, tu pun tak banyak Mia letak. Hehehe.


7. Lepastu letakkan kue tiaw korang. Gaul gaul.


8. Kalau korang belum rebus kue tiau tadi tu, korang letak air tau. So bahan bahan tadi akan meresap ke dalam kue tiau tu. Kalau korang dah rebus, dah lembut, korang tak perlu letak air dah. Gaul kan sahaja.

9. Lepastu korang masukkan kicap, ikut citarasa korang jugak. 


10. Lepastu korang gaul gaul gaul gaul sehingga semua bahan dah meresap ke dalam kue tiau korang. Dan sampai kering. 


11. Lepastu korang taburkan lah daun sup di atas kue tiau korang. Mia memang suka gaulkan daun sup tu ke dalam kue tiau ni. So Mia gaul je. 


TARAAA bila dah siap macam ni la bentuknya. Korang boleh jugak letak ayam ke, daging ke kerang ke atau apa apa je. Mia memang suka Kue Tiau kosong macam ni. 

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment