JOM PERGI JOHOR

Assalamualaikum and Hi

Johor merupakan kawasan yang mempunyai banyak tempat tempat menarik yang sangat popular di seluruh Malaysia. Antaranya Legoland, Johor Premium Outlet, Hello Kitty Town dan sebagainya.

Kali ini, kita akan menjelajah kawasan selatan Malaysia untuk melihat dimana tempat tempat menarik yang sepatutnya rakyat Malaysia kunjungi semasa bercuti bersama keluarga tercinta!

1. Pulau Rawa 
Pulau Rawa ini terletak di Mersing. Boleh snorkeling, scuba diving. Pulau Rawa ni ialah small island. Tak ada proper road hanya ada few walkways je. Ada juga ferry dari Mersing untuk ke pulau ni. Jernih sangat air dia memang sangat sesuai kalau nak bercuti sambil tengok jellyfish, ikan, sotong dan haiwan laut yang lainnya. Seronoknya!



2. Bugis Museum


Muzium Bugis ni terletak di Pontian, Johor. Muzium ni mengisahkan tentang sejarah orang Bugis di Malaysia. Terbina pada tahun 1982 dan dalam dia banyak sangat koleksi peribadi yang merangkumi senjata, pakaian adat resam, perhiasan diri dan sebagainya. Banyak juga sekolah sekolah mengadakan lawatan kesini!



3. Hello Kitty Town
Haa ni la yang famous diperkatakan orang sekeliling tentang Hello Kitty Town. Nak tau lebih lanjut boleh terus ke Website Puteri Harbour Bukan Hellow Kitty je tau! Ada Thomas sekali. Choo-choo! Harga tiket pun aa sekali tertera di website tu. Nak shuttle bas untuk ke tempat lain pun ada. Dont worry! Just terus je ke website!

Banyak aktiviti boleh dibuat time pergi ke Hello Kitty Town ni. Ada cafe juga, boleh tengok hello kitty buat persembahan. Wah! Bestnya... Teringin nak jadi kecil semula.



Okay ini website dia. Yes, its time for a hug. Hug me please Hello Kitty! [cry]





Okay ini peta dalam park dia. If you guys sesat or lost.



4. Tanjung Piai

Tempat ni terkenal dengan makanan laut dan menjadi tumpuan penggemar makanan ini. Tanjung Piai ini dikelilingi dengan hutan paya bakau dan masih cantik dan belum terdedah dengan pembangunan atau pun pencemaran alam sekitar. Best ke best?! Gambar di atas ni adalah mercu tanda yang menandakan bahawa Tanjung Piai sebagai The Southernmost Tip Of Mainland Asia yang dibina oleh kerajaan Johor untuk tatapan pengunjung.



5. Pulau Aur, Mersing


Haa Johor ada pulau tau, bukan ada Legoland dan Hello Kitty Town jer.... Pulau Aur ni sangat cantik sehingga anak jati Pulau Aur ini bangga dengannya. Untuk peringatan alam sejagat, tidak ada kaunter tiket untuk ke Pulau Aur ini, mesti pandai pandai cari bot sendiri. Dan kepada anda si pencinta memancing laut dalam, jangan lepaskan peluang tau untuk memancing di pulau ini! 

Okay rasanya ini dulu kita share, Semoga bermanfaat okey?!

No comments:

Post a Comment