Assalamualaikum and Hi

The blazer ; H&M
The shoe ; Charles & Keith



Candid, tapi macam cantik pulak

Love from Semporna 🍃

Assalamualaikum and Hi


Siapa layan Anugerah Juara Lagu AJL31 tadi? Bestnya persembahan diorang kan. Nasib takde dekat sana, tak pepasal korang nampak perempuan terkinja-kinja keseronokkan di kaca tv. Kepada yang tak sempat tengok, atau tak dapat nak check siapa pemenang, teruskan baca okey?


Konsert final AJL31 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 9 malam dihoskan oleh Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM) turut dipancarkan secara langsung menerusi TV3.

Kesemua persembahan akhir AJL 31 telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Siso, Tam Spider, Habsah Hassan, Edry Halim, Edry Hashim, Jay Jay, Pak Ngah, Azlan Abu Hassan, Mokhzani Ismail dan diketuai komposer terkenal Azmeer. Pemenang bagi Persembahan Terbaik ditentukan berdasarkan undian peminat yang dibuka secara atas talian (online) menerusi laman sesawang, www.anugerahjuaralagu.com.

Berikut adalah senarai pemenang untuk AJL31 :-


Kedudukan / Kategori Pemenang 
  1. Juara AJL 31 Dayang Nurfaizah Lelaki Teragung RM50,000 
  1. Naib Juara Misha Omar & Hafiz Suip Terima Seadanya RM35,000 
  1. Tempat Ketiga Projector Band Sudah Ku Tahu RM20,000 
  1. Vokal terbaik Dayang Nurfaizah Lelaki Teragung RM12,000 
  1. Persembahan Terbaik Khalifah Hang Pi Mana RM12,000



Wah tahniah kepada Dayang Nurfaizah kerana telah menang untuk dua kategori! Memang beliau sangat berbakat! *love* Memang minat sebenarnya dengan Dayang ni dari kecil lagi. Mia sayang Dayang \^^/

Oh ya mesti awak tertanya-tanya, apa je lagu yang dipertandingkan untuk AJL kali ini? Meh nak letak sikit. So lepasni korang boleh lah search lagu lagu ni dan support industri muzik negara \^^/




Judul Lagu Penyanyi / Kumpulan 
  • Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah  
  • Terakhir Sufian Suhaimi 
  • Sudah Ku Tahu Projector Band 
  • Selamanya Cinta Shila Amzah & Alif Satar 
  • Terimaku Seadanya Misha Omar & Hafiz Suip 
  • Ku Rela Dibenci Aiman Tino 
  • Di Amaran Mama Hazama & The Penglipur Lara 
  • Obses Akim & The Majistret 
  • Setia Elizabeth Tan feat Awi Rafael 
  • Kalah Dalam Menang Syamsul Yusof feat Mawi 
  • Hang Pi Mana Khalifah 
  • Anugerah Terindah Black

Best best  kan lagu lagu yang bertanding? Ofkos lahh, sebabtu rugi kalau tak layan lagu lagu ni...

TAHNIAH KEPADA PEMENANG! <3 <3

credit : sini
Assalamualaikum and Hi,


Perkenalkan *drum rolls*
OPPO F1! Say haaaiii cepat! Nak dijadikan cerita aku dah menggunakan phone ni sejak lebih kurang 7 bulan yang lepas. Oh yaa, ini bukan iklan berbayar tau. Ini just sharing to all my readers supaya kalau boleh pakai phone yang sama dengan aku. Boleh kita selfie sama sama sebab camera Oppo ni super cantikkkk!!! Lighting power, screen pun terbaik, dan paling best camera Oppo F1 ni ada effect Beautify 3.0 yang mana setiap kali korang selfie, wajah korang memang akan bertukar menjadi cantik yang teramat sangat!



Just in case kalau tak tau OPPO F1 ni yang mana satu sebab sekarang dah keluar banyak design

Selepas F1 ni ada muncul F1s, F1Plus dan R9 tapi tu semua power power dan ofkos harga tak terlalu jauh dengan F1 ni. Masa beli tu (7 bulan lepas), teringin nak beli F1 Plus tapi time tu belum keluar lagi dan kedai Oppo yang aku singgah tu belum dapat lagi dia punya stok jadi dia hanya ada F1 ni. Dan seronoknya, aku masa beli F1 ni aku memang terus jatuhhhh hati teramat sangat dengan kamera dia yang SUPER CANTIK! 

Orang selalu cakap, "eleh kamera belakang je cantik tu. Kamera depan mesti tak cantik." SIAPA KATA? Choi choi choi. Hakikatnya, awak salah. Wrong wrong wrong tauu! Speciality F1 ni memang kamera depan belakang sama cantik. 13MP untuk belakang dan 8MP untuk kamera hadapan. Haa tak ke rasa ala ala diva tu dengan Megapixel yang tinggi? Sah sah lawa bila selfie. 


Ini adalah tempat simkad dan memory card. Boleh sehingga 128GB tauu. Dan bestnya F1 ni dia dual simkad. 

Exclusive sungguh kaan bahagian belakang F1 ni. Gagah betul kalau dipakai macam handphone berjenama Antarabangsa!

Dan akhirnya Oppo mengeluarkan warna Rose Gold ni. Kepada pencinta pink pink gebu ni boleh lah dapatkan warna ni! I punya colour ni lahhh
Tapi ada orang tak percaya camera Oppo ni cantik dan cun melecun. Meh la, aku lanje sikit gambar selfie hihihi. 
Ini gambar hakak acah acah cute! >.< Guna Kamera belakang. Filter pun VSCO je.


Disebabkan dah lama tak selfie, meh aku lanje. Time ni tengah berlari tapi rasa penat gila so selfie jela. Ini guna kamera depan tauu. Cantik kannn?
So Dont worry, pencinta selfie. WAJIB dapatkan satu! Tak rugi pun guna Oppo Smartphone ni.

My New Friend, OPPO F1

by on January 21, 2017
Assalamualaikum and Hi, Perkenalkan *drum rolls* OPPO F1! Say haaaiii cepat! Nak dijadikan cerita aku dah menggunakan phone ni sejak leb...
Assalamualaikum and Hi

Johor merupakan kawasan yang mempunyai banyak tempat tempat menarik yang sangat popular di seluruh Malaysia. Antaranya Legoland, Johor Premium Outlet, Hello Kitty Town dan sebagainya.

Kali ini, kita akan menjelajah kawasan selatan Malaysia untuk melihat dimana tempat tempat menarik yang sepatutnya rakyat Malaysia kunjungi semasa bercuti bersama keluarga tercinta!

1. Pulau Rawa 
Pulau Rawa ini terletak di Mersing. Boleh snorkeling, scuba diving. Pulau Rawa ni ialah small island. Tak ada proper road hanya ada few walkways je. Ada juga ferry dari Mersing untuk ke pulau ni. Jernih sangat air dia memang sangat sesuai kalau nak bercuti sambil tengok jellyfish, ikan, sotong dan haiwan laut yang lainnya. Seronoknya!



2. Bugis Museum


Muzium Bugis ni terletak di Pontian, Johor. Muzium ni mengisahkan tentang sejarah orang Bugis di Malaysia. Terbina pada tahun 1982 dan dalam dia banyak sangat koleksi peribadi yang merangkumi senjata, pakaian adat resam, perhiasan diri dan sebagainya. Banyak juga sekolah sekolah mengadakan lawatan kesini!



3. Hello Kitty Town
Haa ni la yang famous diperkatakan orang sekeliling tentang Hello Kitty Town. Nak tau lebih lanjut boleh terus ke Website Puteri Harbour Bukan Hellow Kitty je tau! Ada Thomas sekali. Choo-choo! Harga tiket pun aa sekali tertera di website tu. Nak shuttle bas untuk ke tempat lain pun ada. Dont worry! Just terus je ke website!

Banyak aktiviti boleh dibuat time pergi ke Hello Kitty Town ni. Ada cafe juga, boleh tengok hello kitty buat persembahan. Wah! Bestnya... Teringin nak jadi kecil semula.



Okay ini website dia. Yes, its time for a hug. Hug me please Hello Kitty! [cry]





Okay ini peta dalam park dia. If you guys sesat or lost.



4. Tanjung Piai

Tempat ni terkenal dengan makanan laut dan menjadi tumpuan penggemar makanan ini. Tanjung Piai ini dikelilingi dengan hutan paya bakau dan masih cantik dan belum terdedah dengan pembangunan atau pun pencemaran alam sekitar. Best ke best?! Gambar di atas ni adalah mercu tanda yang menandakan bahawa Tanjung Piai sebagai The Southernmost Tip Of Mainland Asia yang dibina oleh kerajaan Johor untuk tatapan pengunjung.



5. Pulau Aur, Mersing


Haa Johor ada pulau tau, bukan ada Legoland dan Hello Kitty Town jer.... Pulau Aur ni sangat cantik sehingga anak jati Pulau Aur ini bangga dengannya. Untuk peringatan alam sejagat, tidak ada kaunter tiket untuk ke Pulau Aur ini, mesti pandai pandai cari bot sendiri. Dan kepada anda si pencinta memancing laut dalam, jangan lepaskan peluang tau untuk memancing di pulau ini! 

Okay rasanya ini dulu kita share, Semoga bermanfaat okey?!

JOM PERGI JOHOR

by on January 03, 2017
Assalamualaikum and Hi Johor merupakan kawasan yang mempunyai banyak tempat tempat menarik yang sangat popular di seluruh Malaysia. Antara...