Assalamualaikum and Hi

Entri kali ni mungkin lebih deep dari biasa lah kot, sebab ada satu masa ni aku tengah duduk diam. Acah merenung keluar jendela sikit lah. Then aku scroll facebook pada mulanya. Aku rasa bosan, aku tukar ke Twitter, then aku rasa bosan. Last-last on whatsapp  pe semua then chatting. 

Kemudian scroll scroll wechat pulak. Nampak tak aku kebosanan sampai satu tahap aku kerja asyik men-scroll tanpa like ataupun buat new status. Kadang perasaan bosan tu menyelubungi diri sehingga maaaaalas sangat nak buat kerja yang lain. Buat tu bosan, buat ni bosan. BUAT SEMUA BENDA BOSAN!

Aku pun capai laptop atas katil dan terus duduk dan update entri ni. Aku perasan sememangnya kita semakin dewasa. Pemikiran aku pada dua tiga tahun lepas, adalah tentang makan, tidur, pergi sekolah, siapkan homework, main taman, berebut chicken nugget dengan adik paling teruk pun jatuh beskal then mengadu dengan mama. Once masuk alam kolej, even aku baru rasa untuk satu setengah tahun. Semua benda tu hilang dan bertukar menjadi macam mana nak gain more knowledge, macam mana nak gain more money instead of asking from parents, macam mana aku nak manage time aku di kolej, how can i pay my rental on the first day of the month instead of waiting for the owner to ask about the payments and many more dalam urusan financial and time. Paling penting bila makin dewasa ni kerap sekali aku fikir tentang kawin ke kawin.

EH BUKAN AKU GATAL K. TOLONG SIKIT.

Well, as a couple-single-couple individu ni (maksudnya putus nyambung dong) rasa like everybody keeps pushing me about marriage. Dari kawan-kawan, dari parents and even movies. Paling teruk, jiran. Diorang buat wedding sampai ke depan rumah aku. so basically satu lorong jalan tu tertutup dan ofcourse bila kita datang wedding akan ada orang bertanya right?

"Selamat datang. Ini anak ke?"
"Ye anak saya. Belajar dekat Sabah."
"Ohh, dah habis dah kan? Dapat menantu Sabah lah ni."

Well tu yang biasa biasa punya soalan. Even tak biasa punya soalan pun macamtu. Then my mum will be like,

"Nanti Mia kawin begini begini." Lepastu aku akan start, "Ma, Mia kawin di Sabah je la nanti." Then mama akan tanya, dah ada calon ke? Siapa? Orang mana? 

Kadang kadang time tengah duduk di dalam bilik, Mama will bercerita like this...
"Kawan mama dah ada cucu dah,..." and she will pancing like that sampai lah gue bagi respond.

Sedar tak sedar pemikiran kita berubah mengikut peredaran umur kita yang semakin meningkat. Kadang tak seronok juga dewasa ni, in certain hal kita tak boleh relax. Kita menjadi lebih kritikal. Barang tak cukup, marah. Harga naik, marah. Waiter lambat hantar makanan, marah. Tapi nak jadi budak selamanya pun tak seronok jugak. Kerja asyik minta makan, minta air, minta mainan, minta perhatian. Even sebenarnya sampai besar pun kita perlukan perhatian. Tapi masa kecik tu desperate sikit lah cara meminta nya. 

Kesimpulannya, we are getting older. Pemikiran kita akan bertukar dan, life will not be happy as kita kecil dahulu. I miss to play The Old Maid card huhuhu. kbye.

We are getting older.

by on December 06, 2016
Assalamualaikum and Hi Entri kali ni mungkin lebih deep dari biasa lah kot, sebab ada satu masa ni aku tengah duduk diam. Acah merenung ke...