#MiaGoVacation : Kota Belud, Sabah Part One

Assalamualaikum and Hi,

selamat kembali ke sesi perkuliahan semua student. Ada juga dengar yang takda cuti langsung, ndapa ba. Niat tujuan asal merantau negara orang adalah untuk belajar. Ingat, belajar itu satu jihad! In Shaa Allah.

okay cukup mukadimah untuk kali ini, jom sambung cerita.

Haritu masa Mid Sem Break, Mia pergi bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Memandangkan Mia memang stay di Semporna sudah satu tahun lebih, alang alang kali ni kita bercuti gila gila sikit. Dan ini adalah unexpected plan sebenarnya memang rancang tapi bak kata orang, jangan rancang semangat sangat nanti tak menjadi. hihihi.


Selepas bincang punya bincang, akhirnya kami ke...
  • Kundasang - Desa Dairy Farm
  • Kota Kinabalu - Imago Mall
  • Kota Belud - Pekan, Pantai Rang Bulan and satu spot untuk lepak tangkap gambar semua.
Memandangkan kami memang stay di Kota Belud this time, memang kami akan berpusing pusing seluruh Kota Belud lah! Bila lagi kan!

FIRST DAY

Dari Semporna kami menaiki bas Sabariah Express untuk ke Kota Kinabalu. Bas Sabariah ni best tau! Kalau macam post sebelum ni, tahun lepas, Mia review tentang bas Senex. Now Mia akan review tentang bas Sabariah pula! 

Bas Sabariah ni sama ja seperti bas bas lain. Ada toilet, ada kerusi, ada tv, semua complete! Kerusi dia sangat sangat best! Besar dan sangat stable. You tak pening lah kalau dah biasa naik bas. Jangan kalah dengan den, den pun yang jarang naik bas tak pening pun. Hahaha. Dan kami gerak dari Semporna time tu pagi. Kalau sebelum ni pergi ke Kota Kinabalu tu malam, kali ni kita pergi pagi pulak.

Sebenarnya pengalaman naik bas pagi ni best tau. Kata orang kalau naik bas malam, seronok sebab boleh tidur. Tapi, mana tahan jugak kalau dah otak, jiwa dan raga ni traveller, mesti nak jugak tengok keluar kan. Ada orang cakap alaa naik bas around Sabah je pun. Berapa lama lah agaknya tu?

KAU JANGAN MAIN GILA. Dari Semporna ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 10 JAM okay. Apa kau rasa duduk dalam bas 10 Jam dengan berhenti SEKALI je. Tu pun untuk makan, rehat, solat sebagainya. paling pun around 1 jam je la rehat. Lepastu dah takde berhenti dah sampai la ke Destinasi anda.

Route bas dari Semporna ke KK agak jauh juga, memandangkan Sabah ni memang tak ada Train or KTM, Monorail or what so ever dan Sabah ni pun tak ada highway (only in certain places) so memang bas punya route akan sama je kecuali kalau nak ke Tawau ada yang lalu Kunak ada lalu Kalabakan. Tu nanti kita cerita. Sekarang kita cerita tentang Route pergi ke Kota Kinabalu dari Semporna melalui jalan Kunak.


Semporna - Kunak - Lahad Datu - Kinabatangan - Sandakan - Telupid - Ranau - Kundasang - Kota Belud - Kota Kinabalu 

Ini adalah wilayah-wilayah yang kau akan limpas (lalu) sepanjang korang nak pergi ke Kota Kinabalu dari Semporna. Tapi, bas takkan berhenti setiap kali melalui wilayah-wilayah ni. Kebanyakkan Bas hanya akan berhenti di Telupid sahaja. Ada juga yang berhenti di Lahad Datu, kemudian akan berhenti di Telupid untuk makan, rehat dan solat. Jadi, jangan lupa bawa la jajan jajan anda atau bawa je tapau (bekal) untuk makan dalam bas.


Kemudian kami punya perjalanan pertama tu, agak memenatkan. Bas jam 8 pagi dan kami tiba di Station Bas Inanam pada jam 6 petang. Agak sakit pinggang sikit la sebenarnya but nevermind, adventure kan!  Sampai ja di Inanam, kami di ambil oleh Abang kawan kami.


Yay sampai Inanam suda!

Okay, untuk trip seterusnya Mia akan cerita di next post! Tunggu ya ! Jangan lupa follow semua akaun Mia! Visit instagram Mia dengan Hashtag #MiaGoVacation untuk lebih banyak lagi gambar hihihi

No comments:

Post a Comment