Assalamualaikum and Hi

Hari tu bercerita tentang pergi Kundasang Desa Dairy Farm kan? Kalau tak sempat baca, boleh klik je terus. Senang tak payah cari cari lagi memandangkan korang susah nak cari aku punya page. Sebenarnya nak cari page aku senang je. 

Haaa ni den punyo pages. Klik je mana mana untuk baca. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Kundasang klik Travel, jangan pulak klik Tutorial. Macam opsait (offside) je tu.

Eh sebenarnya bukan tu nak cerita. Haritu masa pergi ke Kota Kinabalu, berjalan la kami ke Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Memandangkan kesedihan enam bulan tak jejak kaki pergi bandar, kami pun membeli bagai orang gila. Al maklum lah, kita ni tinggal di Semporna. Kalau ikut selera memang terpaksa ke bandar lah, tapi apa kan daya. Bandar tak nak melekat dengan aku. Terpaksa mengharungi penyeksaan duduk di bas selama 10 jam baru sampai bandar. Huhuhu. Tu belum masuk patah pinggang lagi... adehhhhh


So kami pun di bandar dan bershopping bagai orang gila. Orang gila as if really orang gila. Masuk sini, beli. Masuk sana, beli. Masuk sini, keluar. Dah keluar rasa macam menyesal sikit, masuk balik. Memang macam orang gila. Al kisahnya, memang satu orang pegang lebih kurang 5 bag. Untung lah dak dak Mara.


Memang tak tipu. Ni haku sorang je tau. Bulan ni jangan beli pape. Beli makanan tin, simpan stok untuk sebulan.
Imago Shopping Mall ni adalah yang terbesar di Kota Kinabalu dan baru sahaja di buka pada 28 Mac 2015 yang lalu. Haa ingat tak dulu aku ada pergi Kota Kinabalu jugak? Time tu Imago memang baru sahaja dibuka. Kosong masih tak ada apa apa lagi. sekarang, Alhamdulillah. CANTIK SANGAAAT! Haa excited kateko.


Haaa ini pandangan depan dia la. Kalau perasan Imago ni tempat dia agak jauh sikit dari kawan kawan dia yang lain macam Suria Sabah, Central Puin (Point) dan 1 Borneo (One B)
Kalau macam di Semenanjung lebih kurang macam jalan jalan di Pavilion lah kan. Barang branded branded semua disini. Rindu nak makan makanan mahal memang semua ada dekat sini. Mana taknya, pintu masuk depan je dah ada Sephora dan Coach. Haa, kau berani masuk? Kami masuk sebab lalu pintu lain. Pintu yang keluar keluar je Samsung. Haaa, takde la feeling insekiyo nak masuk tu. hehe


Haaa ada mak jemah dekat belakang. Say Hi!
 So basically disini kami shopping, makan dan segalanya lah. Nak main laser tag pun boleh, nak karaoke... Tengok wayang pun ada tapi bukan Golden Screen Cinema (GSC) la. Skemanya aku pergi tulis full. Di Imago, wayang dia ialah MBO. Kelebihan untuk pengguna Tunetalk, Tone Excel dan Tone Plus kalau begini!

Okay untuk  Imago habis cerita. Kepada awak kalau berjalan ke Sabah, singgah singgah lah bah!

Muka excited nak makan sushi.


Pinggan Kekalahan dengan Nana. Huhuhu pes taim beb kalah bab makan! HUHU
Muka frust sebab kalah konon. HAHA. Macam muka psyduck -_____-

EITS GAMBAR MAKAN SUSHI NI DI 1BORNEO. BUKAN DI IMAGO TAUU!

Shopping time!

by on September 20, 2016
Assalamualaikum and Hi Hari tu bercerita tentang pergi Kundasang Desa Dairy Farm kan? Kalau tak sempat baca, boleh klik je terus. Senang ...
Assalamualaikum and Hi

Negeri Sabah terkenal dengan pulau pulau yang cantik. Kejernihan dan warna air laut yang sangat cantik. Boleh di katakan seperti di Pulau Maldives gitu. Kalau sampai di Sabah, haruslah pergi ke Pulau Pulan cantik dan tempat tempat menarik di Sabah.


Tempat Tempat Menarik di Kota Kinabalu

Jesselton Point Waterfront

Aquarium & Marine Museum

Atkinson Clock Tower

Australia Place

Borneo Art Gallery/ Sabah Art Gallery



City Mosque

Double Six Monument

Gaya Street Sunday Market

Handicraft Market 

Kadaiku Handicraft

Kota Kinabalu Esplanade

Kota Kinabalu Heritage Walk

Kota Kinabalu Central Market

Kota Kinabalu Wetlands

Mari Mari Cultural Village

Menara Tun Mustapha

North Borneo Railway

Sabah State Museum & Heritage Village 

Signal Hill Observatory Platform 



Water World Theme Park Sabah



Laman seni, Wisma Budaya Sabah 

Sabah State Mosque

Tempat Menarik di Sandakan

Sandakan Heritage Trail 

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Rainforest Discovery Centre (RDC)

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - Monkey top safari

Gomantong Cave 

Agnes Keith House



Bornean Sun Bear Conservation Centre

Tempat Menarik di Ranau

Sabah Tea Garden

Poring Hot Spring (PHS)

Miki Survival Camp

Kinabalu National Park

"Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti - Fish Massage 

Tempat Menarik di Tawau

Teck Guan Cocoa Museum - Tawau Cocoa Village 

Maliau Basin 

Tawau Hills Park/Taman Negara Bukit Tawau


Hutan Simpan Bukit Gemok

Central Market Tawau

Tawau Tanjung Market

Menara Jam Tawau

Monumen Menara Loceng

Tugu Peringatan Tentera Jepun

Tugu Peringatan Kalabakan

Tempat menarik di Beaufort

Garama Wetland

Weston Wetland 

Klias Wetlands River Cruise



Tempat Menarik di Kinabatangan

Agop Batu Tulug Caves

Sungai Kinabatangan

Tempat Menarik di Tuaran

Tuaran Crocodile Farm 

Linangkit Cultural Village 

Borneo Kellybays 

Kampung Penimbawan

Kampung Mengkabong

Tamu Tuaran

Tempat Menarik di Keningau

Crocker Range National Park 

Tamu Keningau

Tempat Menarik di Lahad Datu

Tabin Wildlife Reserve

Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum/Danum Valley

Hutan Simpan Lahad Datu

Gua Madai

Tempat Menarik di Kundasang 

Desa Cattle Dairy Farm,Kundasang

Mesilau Nature Resort

Mesilau Trail

Tempat Menarik di Kudat 

Pantai Kelambu

The Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau

Tamu Kudat 

Rumah panjang Rungus yang terletak di kampung Bavanggazo

Kundasang War Memorial

Tempat Menarik di Penampang

TAGAL Tinopikon Park 

Monsopiad Cultural Village

Tamu Penampang

Sabah Art Gallery 

Lok Kawi Wildlife Park 

Kipandi Butterfly Park

KDCA Cultural Village 

Tempat Menarik di Tambunan

Sawah padi di Tambunan

Gunung Trus Madi

Mat Salleh Memorial

Rafflesia Information Centre

Tempat Menarik di Tenom 

Sungai Padas

Murut Cultural Centre

Tempat Menarik di Tamparulli

Rumah Terbalik-Upside Down House

Pusat Membeli-Belah di Sabah

Tamu Kuala Penyu

Tamu Tamparuli

Borneo Hypermall

Centre Point Sabah

Tawau Shopping centre

http://www.azhafizah.com/


So, selepas ini jangan risau lagi untuk melawat Sabah Negeri Di Bawah Bayu! ;D

Read more and credit to: HERE

Jom Melawat Sabah!

by on September 19, 2016
Assalamualaikum and Hi Negeri Sabah  terkenal dengan pulau pulau yang cantik. Kejernihan dan warna air laut yang sangat cantik. Boleh d...