#MiaGoVacation : Kota Kinabalu Part One

Assalamualaikum and Hi,

Maaf sebab Mira selama ni like pushing away blog ni. Bukan pushing away tau, tapi sangat busy terlampau. Even semester lepas pun teringin nak post time pergi Kota Kinabalu, pergi tempat best di Semporna, and much more! Tapi serious tak sempat. Sekarang ada masa, sempat lah nak menaip menaip. Yelah hidup student je, typical student hehehe nak menaip pun cari wifi.

Okay so jom kita start cerita dari semester lepas. Ya Allah jauh tertinggal tapi teringin nak share dengan korang semua ni. Korang tau tak if korang follow instagram Mira, like yea u guys will see my pictures pergi Kota Kinabalu like wow amazingly! Not only Kota Kinabalu, pergi Kota Belud juga okay. Pergi Pantai Rang Bulan, Pergi pusing pusing di Imago KK Times Square, 1 Borneo Hypermall, Suria Sabah, pergi Bukit Bendera, pergi University Malaysia Sabah, pergi Pasar Filipin, pergi Tanjung Aru. Okay Tanjung Aru tu nama pantai jugak actually.

Nampak tak betapa banyaknya berjalan. Jemah pun taktau pergi belajar ke pergi berjalan. Tapi untuk pengetahuan korang, sebelum ke Sabah pastikan cukupkan duit banyak banyak tau! Bukan sebab kos mahal, bukan sebab hotel mahal, bukan sebab flight mahal. Tapu sebab bila korang sampai sini, semua tempat korang nak pergi. Kalau korang jiwa adventure, trust me. You guys gonna love Sabah more than I do.

Okay you guys need to know about… Apa ya  ? Rasanya nak cerita semua. Okay so start cerita dengan naik bas ;) Percaya tak Mira naik bas ke Kota Kinabalu dari Semporna selama 10 jam!! Sengaja ambil bas malam supaya boleh tidur and sampai esok pagi. Jadi takde buang masa pagi tu terus mulakan ekspidisi hehehe.

Bas apa? Okay saya rekemenkan bas Senex. Sentosa Express. Firstly sebab ada charger. So korang kalau lowbat and nak dengar lagu sambil tidur kan, dengarlah. Kalau habis battery boleh charge sebelah hehehe. Paling syok lagi, cucuk USB je awak. Tak payah lah nak bawa kepala charge cucuk dekat socket tuu. Terer kannn? Then dalam bas tu ada toilet jugak. So jangan risau 10 jam tu kalau sakit perut atau ada yang sepatutnya terbuang tu, memang boleh pun nak membuang hehehe. Nak tau apa seronoknya? In shaa Allah bas nya selamat dan berhati hati apabila memandu hehehe diorang pun ada berhenti henti jugak, manalah tau nak minum ke apa kan. So better siapka apa yang patut dibawak lepastu,  takpayah turun dah. Ambil je dari plastic barangan awak. Hehehe



Ini dia bas yang Mira naik hehehe bestttt
Dalam tu memang best! Selesa sangat ! Oh ya, stop dulu bercerita so kita boleh cerita yang lain lagi. Tunggu next update ya ! 

No comments:

Post a Comment