#MiaGoVacation : Island Hopping to Pulau Bohey Dulang & Pulau Sibuan | Part One

Assalamualaikum dan Hi

Dah lama sebenarnya percutian ni. Tapi itu lah. Malas nak menaip kan. Tapi ku gigihkan jua untuk menaip. Demi pembaca setia (acah macam ada pembaca setia) daku gigihkan menaip. Okay stop drama. Shall we start now ? Opcos!



Sunday, 16 August 2015



Pagi tu cerah dan aku bangun awal pagi. Actually tak awal sangat, jam 6.30 pagi bangun sebab nak buat lunch untuk di Pulau nanti. ala student punya lunch jak bah. Nasi putih, kicap dan telur goreng yang ditambah pasti sedap sikit bagi rasa tu macam makan dengan lauk hotel pun sudah cukup memadai rasanya untuk perut aku dengan Kira. Matahari pun time tu dah terbit. Memandangkan sudah ada housemate yang dah bangun, dia pun mandi. Aku pun pergi lah masak nasi dan goreng telur like a busy mama. Kemudian aku kejutkan Kira. In my house yang pergi for this trip memang kami berdua jak. Students yang lain ndak mau ikut bah. Jangan ko tanya kenapa aa.



So, bak kata lecturer jam 8 sudah ada di Jeti Semporna. Jeti Umum Semporna. So yea, ada satu kelemahan dalam post aku kalini sebab aku tak bawa camera. So gambar tu memang tak HD lah ceritanya. Nak tunggu HD kena tunggu camera. Apa kau rasa pergi jalan jalan guna camera phone je? SEDIH SANGAT. Berhuhu lah kita. 

Then kami pun pergi ke Jeti Semporna dengan Abe Normen. Actually Abang Normen. Tapi kami panggil Abe sebab dalam group whatsapp tu Yana kan orang Kelantan. Yana lah yang panggil Abe Normen ni as 'Abe' memandangkan dia orang Kelantan. Abe ni bukan orang Kelantan pun. Orang Tawau baa. 

Sampai di jeti tu kan. Cerita pukul 8 dah gerak, tup tup 9.30 pagi baru gerak. Em biasa lah kes janji Melayu juga walaupun mereka bukan orang Melayu. Hahaha. Sambil menunggu di jeti tu, apa lagi, berselfie lah kita yob oi!


With Syasya - Menunggu boat di Jeti -.-

With Nana, Me, Syasya & Sir Azwan (My lecturer)

So yea, itu mereka mereka semua yang terlibat. Gua time tu memang suka selfie. Memang suka ambil gambar. Malangnya, semua daku buat dalam sight di Wechat. So sedikit hampaa huwaaa. Tapi takpe nak cerita jugak.

Itu cerita pada waktu menunggu di Jeti. Tiba tiba tepat jam 9.30 pagi, Sir Azwan cakap boat sudah ada tapi di jeti sebelah. Cukup bengang tapi tak apa. Kinda fun! Jalan kaki ke jeti sebelah bersama TESLian yang lain. Boat pertama, kami dah masuk dulu bersama beberapa orang senior TESL dan HR. Mereka terlibat disebabkan mereka mentee Sir Azwan. Sebenarnya program ini ialah program Mentor Mentee Sir Azwan. Tetapi, TESLians ni ramai yang tak pernah pergi pulau pulau ni, apa lagi, balun sekali lah. Seronok rasanya dapat pergi dengan student satu kos dengan kita.

Then naik bot bersama meeker, memang seronok tau. Time nail bot tu seamier menjerit like "WOAAAAAAA" Air dia jerninh, sejuk, bot tu laju, anginnya kencang. WOAH memang serooonok sangat ! Nak tau kisah selanjutnya ? Tunggu next update ya!

No comments:

Post a Comment