Love, #ESACC14 - Part One

Assalamualaikum and Hi

Teringat masa masuk kelas masa tahun lepas. Masuk je aku nampak Aisyah Azmi. Aku cakap dekat dia "aku tak kenal budak budak ni." Aisyah pun jawab "sama lah. Macam mana kita nak masuk dengan diorang. Kita tak pernah sekelas dengan diorang." Aku balas balik "takpe lah Aisyah. Kita redha jela untuk dua tahun ni." Masuk kelas pandang kanan kiri masing masing takde yang saling bertegur kecuali kalau dah kenal. Kadang dah kenal pun bukan bertegur. Setakat pandang sesama sendiri je. 

Aku ingat lagi orang pertama yang aku kacau. Azhan. Dia duduk depan aku, aku dah lah kecik. Aku tak pernah tegur dia depan depan. Dulu masa 2010 ke 2011 kot aku tegur dia dekat fb. Zaman zaman fb lah dulu kan. Then dia duduk depan aku. Dari dulu aku bahan dia kecik. So aku cakap dkt dia "Azhan kecik. Kenapa kepala kau besar sangat?" Dia pandang belakang dan gelak. Dia sendiri gelak. Dia bahan aku "ala kau pun kecik juga." Start dari situ lah aku okay sikit dengan dia. 

Lepastu tukar meja tukar tempat. Depan aku Hanif. Nama dia sekarang Anep. Dah hensem dah dia ni hahaha dulu kemain pendiam. Mana reti bab melawan aku. Sekarang dialah taiko bukan tauke. Tauke aku. Hahah taiko dia hahhaa ceh konon lah. Dia pendiam dan aku suka bahan dia dgn Azhan. Sebab diaorang berdua macam gayte hahahaha macam gay lah kekononnya. Tapi tak pun. Diorg manja je bila bersama hahaha ayat akuuuuu. Okay then ada Arip, Fahim, Akashah yang tetiba muncul selepas hilang beberapa bulan. Kalau Fahim dan Akashah ni meragukan sikit. Kalau boleh PLKN pun satu dorm. Kalau boleh katil atas bawah atau sebelah sebelah. In case kalau tak cukup katil lah dekat dorm tu kan, diorang lebih rela duduk satu katil. Haa itulah ibaratnya. Bagai isi dan kuku. Rapatnya tu kemain ko. Haaa. See aku buat karangan, guna IMBAKUP tahu tak. Ada isi, huraian dan ungkapan menarik. Haa dah habis SPM pun still ingat IMBAKUP hahaha. 

Tahun 2013, kami satu kelas tak terlalu sehati sejiwa. Yela. Mana boleh baik masing masing dengan geng masing masing. Masing masing masih malu malu babi. Hahaha bukan kucing. Masing masing masih tersipu sipu malu. Well biasalah kita kawan kawan baru duduk satu tempat. Bayangkan kau baru pindah di satu kawasan perumahan kan, dekat situ kanan artis, kiri komposer, depan angkasawan, belakang ahli farmasi, kau menganggur. Memang insecure habis lah kan. Haa masing masing berbeza pendapat berbeza fikiran. Ada yang belajar, ada yang main main, ada yang duduk je diam, ada yang asyik mengelamun... (Aku lah tu, hahaha) 

Tahun 2014, memang tiba tiba kau akan terkejut. Masa awal tahun tu masing masing fikir "cepatlah habis sekolah dah tak tahan dah masuk kelas ni" dah takde dah fikir nak ni nak tu. Tiba tiba, aku dapat projek untuk buat gambar 5SPA di majalah sekolah. Well projek ni sebenarnya dari tahun lepas. Tingkatan lima tahun lepas dah habis idea aku buat. Tahun ni 5SPA pun unik sikit. Asyik kelas lain semua sama bentuk je. Kitaorang bantai style kitaorang sendiri. Kau hado? Hahahaha. Kita orang pun cadangkan nak buat baju kelas. Aku pun volunteer nak buat baju kelas.  Kebetulan baju kelas aku ni senang je. Baju I Am tu. Just bezanya nama lain lain dan ada hashtag esacc14. Haa ni nak cite satu satu. 

Esacc ni datang time 2013. Masa tu aku Ketua Editor untuk majalah sekolah. Aku pun bantai lah nak buat karya untuk kelas aku. Sesaje lah citenya ni. Excited nak buat karya sebab jetjet ketua editor lah kan. Hahaha memang aku gedik sikit tahun 2013 tu. Hahaha so aku pun buat seloka. Seloka pasal budak kelas masing masing aku describe sambil berima lah kan. Esacc ni tiba tuba terlintas difikiran. ES = S. ACC = Account. First nak buat SACC. Kekonon nak macam bunyi bunyi SAG lah kan. Kan tengah hits bag SAG time tu. Then bebudak kata taknak. Taklawa. Seg. Seg. Seg. Diorang pun pilih Esacc. Aku ada bagi tiga. SACC, ESACC, SACC. Then diorg nak pilih Esacc. So aku un masukkan yang tu dan edit then masukkan dalam majalah sekolah. 

Berbalik pada baju I Am tadi, baju I am tu pun satu kelas beli tapi ada beberapa macam tak percaya aku sikit. Okay takpe. Aku bayarkan dulu lepastu bayar ansuran and sekarnag semua dah habis bayar dah setel dah. Tapi ada jugak yang tak bergambar sebab diorang nak jugak pakai baju I Am tu. Even aku dah kata takpe kalau baju hitam je. Tapi diorang nak jugak. Aku minta maaf sgt sgt sbb aku takleh nak bayar. Duit tak cukup. Yang boleh aku bayarkan pun random je haa. Sorry sangat sangat. Memang time tu mama tak bawak duit and aku pun dah habis dah duit rm200+ sebab nak bayarkan dulu. Sebaik ada bawak duit instashop. Hahaha kalau tak memang tak amik gambar lah kita sekalas ye huaaa. Tapi takpe gambar reramai ada. Ekekeke takpe takpe. So ada juga lah muka awak awak kan? Ekekeke

Okay kita sambung cerita dalam topik yang lain. Tapi masih dalam Esacc14 ni juga. Sabar ya! See ya! 

No comments:

Post a Comment