Assalamualaikum dan Hi

Aku nak cerita macam ni sebab aku mungkin baru putus kot masa form five ni. Bukan nak kata putus tu merupakan satu tindakan yang elok dan harus untuk rasa happy sepanjang tahun. Tak. Cuma mungkin dah tertulis aku putus so aku try untuk menghappykan diri. Ecewah bajetnya. Dear awak, kita putus ada sebab tersendiri. Bukan niat nak mainkan awak. Semoga hidup kita become brighter forwad. 

So nak jadi cerita kan, pengalaman sangatlah ni ehem ehem. So dalam tahun ni baru pertama kali lah aku rasa like hidup aku turns normal. Actually bukan nak kata apa, cuma aku tak boleh berkawan dengan perempuan jap baca dulu sebelum marah. Antara kawan aku yang perempuan yang betul betul aku anggap kawan sebab sekepala dengan aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah ialah Marsya, Nadhirah... Tu je kot. Okay. Nak cerita kenapa aku pilih mereka mereka ni. 

Aku memang orang nampak dari luar cover cun padahal tak cun, cover gelak cover cover and always cover. Tetapi sikap gila aku dan sikap jantan aku akways keluar tiba tiba. Sikap jantan aku? Melompat, no cover, perangai macam babi cam setan haa jangan terkejut kalau aku tetiba duduk tak sopan kepe en. Kalau sebut korang bayangkan payah jugak. Em em hahah takde ah melawak je tu. So aku pilih diorang ni sebab bertumbuk bergaduh ni memang makanan kitaorang. Memang suka bab bab macamni. Tapi sayang, aku dengan Marsya si Mars tu terputus ditengah jalan em. You kita putus you tsk tsk tak. Terputus ketika aku darjah lima em em. Tapi tak apa. Tapi en Nadhirah dan Marsya tak pernah berjumpa so korang tanya mereka memang sah sorang pun tak tau hahaha. Kenal pun tidak. Langsung tak. 

diorang ni memang tahan dengan sikap aku. Gaduh takyah cerita ah. Gedik memang sama sama hahaha. Bab crush crush? Fuhh semangat woo tapi dengan Marsya tak sempat macamtu. Time tu kecik, aku feeling nak couple tu takde. Suka dekat orang pun tak. Sumpah. Aku suka dekat orang masa form one. Tu pun main main. Kalau nak dikira yang aku betul betul suka dan aku cinta rasa masa form three kot. Lain semua main main je. Bukan suka sangat pun. Apakah perasaan anda apabila orang yang suka anda, tapi anda takde suka. Sakit hati tu ada tapi mana ada sakit hati nak toreh getah dekat tangan en. Em. 

Okay ni form five eh, aku tersasul sampai ke sana sini. Em btw ini part one. Part two ada lagi hehehe gua nak describe kawan kawan gua sebab gua rasa suka sangat sekarang ni. Dah free nanti baru aku akan rajin update. Kenapa? Sebab blogging sebenarnya dunia aku. I can express my life through words ehem ehem jetnyewwww. Wish me luck for SPM peeps. Muah muah xoxo

Dunia Form Five Part One

by on September 21, 2014
Assalamualaikum dan Hi Aku nak cerita macam ni sebab aku mungkin baru putus kot masa form five ni. Bukan nak kata putus tu merupakan satu ti...
Assalamualaikum dan Hi

Amboi tajuk tu kemain panjang ye dok? Hahaha so pagi ni entah kenapa. Aku pun taktau aku mimpi apa lah malam tadi, tiba tiba bangun awal pagi. Wah awal bila kot kul 8 dah bangun. Ehem. Biasa pukul 12. Tunggu matahari dah tercacak atas kepala baru gheti nak bangun. Kalau tak kerja membuta je. Mana tak gemok macam ni kan. 

Okay bangun pagi, gosok gigi, cuci muka... Dah menyanyi pulak. Bangun tu dengar pulak lagu kpop kemain rancak dekat luar. Aku terbangun sebab benda tu je. Mana taknya, aku bukan seorang gegirl yang sangat gila KPop yang dari bangun sampai tidur dengar lagu Kpop. Well ya, saya runners je. Lagu Kpop pop semua tu saya tak layan. Mohon jangan sedih. 

Dia buka lagu bapak kuat. Tak sangka pulak volume ipad boleh kuat gila macamtu. Em, biasa bapak slow. Aku taktau kenapa dari tadi aku guna bapak bapak. Hahaha bapak teruk. Glurp!

So nak dijadikan cerita, aku pun bangun dan rupanya adik aku yang memekak. Dia mula kata

"Kak Mia, saya mintak maaf. Saya tak ada niat nak kejutkan kak mia. Saya tadi makan cake. Tapi hancur pula cake tu. Boleh tak kak mia tolong potongkan? Penat saya potong tapi hancur pulak. Susah saya nak makan."

Em untuk makluman awak semua, adik aku memang banyak cakap. Tengoklah akak dia kan *flip hair*. So, bila dah dengar dia cakap macamtu aku pun turun. Dia masih lagi keep nagging non stop. Yeahh. Baru aku tau sakit telinga rupanya dengar orang bercakap tak berenti ni. Sangat banyak tenaga dia. Em, perli diri sendiri nampak. *cough*

Aku pun tengok memang cake tu dah lunyai. Takpe lah aku fikir, aku potongkan aku bagi dia makan. Dah bagi dia makan. Aku pun buat roti untuk diri sendiri dan tengok cartoon sambil makan roti bakar sampai pukul 11. Bangun awal tapi tak melakukan kerja yang produktif. Haish, mana tak tembam pipi kau tu. Suruh lah pipi tu pergi jogging. Erm, sebenarnya makan roti akan menggerakkan otot pipi. So dikira pipi dah jogging lah kan? Emm.. Falsafah baru. I'm genius!

Dah makn tengok cartoon aku boring. Aku buka buku addmath. Tengok cover pun aku dah mengantuk apatah tengok isi. Tapi aku gagahkan diri untuk membuat satu soalan. Sebab aku tengok calendar kurang dari dua bulan haa SPM. SPM ni macam maut aku rasa. Tapi ni maut ada tarikh. Sekali kau failed, habis. Semua failed. Hidup. Kerja. Semua failed. Kahwin? Maybe tak failed kot. Tengok muka kau lah. Hahahaha so sarcastic. Ish sape ajar ni?

Dah buka buku tu tetiba adik aku menjerit. Then aku tanya. Dia kata takde pape. Tiba tiba dia menjerit again. Aku pun tanya again dengan nada keras. Dia kata, "khaleeda amik charger saya. Saya stress tak dapat charge ipad. Jadi saya jerit."

Then aku terfikir. Kalau menjerit time stress agak best jugak. Erm, teringin try. Sebenarnya memang sejak akhir akhir ni aku agak stress. Aku tak tau kenapa aku kena stress. Why I SHOULD STRESS. Untuk benda macamni sepatutnya takyah stres. Tak perlu kot aku cerita. Cuma aku nak korang jadi pembaca sekali gus pendengar yang setia. Memang lah sejak akhir akhir ni aku stress, tapi aku gagahkan diri aku *guna ayat drama sekali lagi* untuk tetap senyum dekat kawan kawan semua. 

Ceh cerita nak gebang je. Orang pukul sikit dah melatah nak tumbuk terajang semua, konon nak senyum. Kalau senyum lawa takpe ni senyum macam kerang busuk tersengeh sengeh. Orang semua lari. Dekat sekolah senyum senyum balik sekolah semua stress. Like apa je aku ni. Ishh

Paling terharu, haritu Syazza tanya aku selepas exam account. Kau bayangkanlah semua orang punya gembira exam dah habis. Aku senyap je. Sampai Syazza tanya aku masa aku tengah ambil bag. 

"Kenapa ni mia? Kau ni jangan lah stress je. Macam macam masalah kau kan. Lek ah."

Tetiba Ira join sekali, "aah. Aku tengok Mia tak habis habis dengan masalah dia. Kau ni jangan stress sangat nak exam." 

Aku senyum jela. Ohh rupanya orang nampak jugak aku stress. Sebenarnya bukan stress. Depressed. Cuma aku tak sampai nak bunuh diri, nak toreh getah dengan tangan. Tak. Aku tak sampai tahap tu. Cuma tahap tak makan je. Hahaha on diet lah katakan. Dah gemok. Dan aku nak kembali putih. Then, Na mengingatkan aku satu perkara. 

"ha so, as i said, ur soulmate entah sape2 dkt luar sana tu tgh workhard untk future korang. So y dont kau just focus on ur studies so korng dpt mengecap kehidupan yg teramat bahagia & selesa."

Erm kitaorang memang suka gosip tengah tengah malam. Kadang sampai pagi. Hok aloh, girls day kan hihihi. So. Lepas aku baca tu. Aku try sematkan dalam diri. Ingat Mia, your future husband tengah workhard for our future. So, try to workhard too. Okay. I will try, i guess. So, i need to keep study and stay positif. Btw, kalau aku stress aku menjerit. Best jugak kan? Ada sesiapa pernah cuba? Share sikit. 

P.s : tajuk kemain panjang kebabom pasal adik. Hujung hujung pasal diri sendiri. 
P.s.s : sebenarnya tak ada idea nak letak tajuk apa. Wkwkwkwk