Kalau nak cerita kan...

Assalamualaikum

Tajuk tu dah kenapa lah kan. Tajuk nak ranggi je. Isinya hampeh. Hai semua. Tengah boring terlampau. Time tengah blogwalking dekat tempak Cik Epal, seronok pulak menengok pavlova dia buat tu. Lepas tengok pavlova dia tu teringin pulak buat post tajuknya "Kalau nak cerita..."

Post kali ni untuk menghiburkan hati je. Angan-angan yang MUNGKIN menjadi nyata. Well, macam nak ada keluarga angkat pari-pari. Eh, itu salah satunya. Cuma setiap perenggan kita akan letak "Kalau nak cerita..."

Mengumpul duit untuk beli keperluan sendiri
Kalau nak cerita kan first sekali memang aku dari dulu teringin kerja, cari duit banyak-banyak lepastu beli barang yang aku nak. Baju, camera, barang-barang camera, seluar, skirt, tudung, selendang, jacket semua lah. Tidak ketinggalan gadget masa kini. Kalau duit aku ada dalam sekitar RM1500 macam tu first thing aku beli ofkos aku tukaq phone dulu. Lepas tukar phone kalau ada uit lagi aku segera beli laptop Macbook. Segera ya. SEGERA. Kalau dah ada duit rileks je lah kan. Semua benda dah dapat. Semua dah dipenuhi so dah takpayah fikir lain-lain. Fikir topap je.

Nak buka kedai sendiri
Kalau nak cerita kan, aku memang dilahirkan dalam dunia bisnes. Btw, ayah aku bukan ahli koprat pun. Bisnis kecik kecik. Menjadi pedagang kaki lima. Kalau bukan sebab menjadi pedagang kaki lima memang tak jadi lah diri aku sekarang ni. Disebabkan desire untuk berbisnis juga, aku teringin macam if one day my husband be a pilot... well, pilot kita tau kan, gaji banyak tapi keluarga terabai. I don't want my family like that. If one day my husband is a pilot, i would like to uat online shop. So for those who always online. Sebab masyarakat kita lebih-lebih lagi perempuan akan menjadi semakin sibuk. Kerja memang sentiasa didepan laptop or komputer je lah kan. So dengan adanya teknologi canggih boleh lah aku merealisasikan diri aku untuk buka usaha online. Kalau online ni, satu je usaha yang perlu dan penting... USAHA.

Dapat keluarga angkat pari-pari
Kalau nak cerita kan, I know permintaan yang ni macam sia-sia dan hanya angan-angan.

Nak suami pilot
Kalau nak cerita kan, I will force my boyfriend to be my husband. Also I will force him to go to pilot school and learn how to be a pilot. Also I will force him more and more if he refused to be a pilot. WKWKWKWKWK.

Keluarga pari-pari
Kalau nak cerita kan, taknak lah pari-pari macam Wanda. Straight sangat. Nak macam Cosmo. Agak gila-gila. Tapi janganlah lain aku minta lain yang aku dapat. Itu memang parip-pari jahat. Aku sumbat dalam mangkuk tandas baru tahu.

Gigi bertukar syiling emas
Kalau nak cerita kan, pernah dengar cerita letak gigi yang patah bawah bantal terus jadi coin emas? Aku teringin nak buat. Tapi aku tengok adik aku letak gigi bawah bantal tak jadi apa pun. So aku pun membatalkan hajat mencabut gigi. Kalau betul betul boleh bertukar. Aku sanggup takde gigi kot yang penting dapat syiling emas. HAHAHAHAHAHA. Joke. Gigi penting. Kalau tak macam mana nak makan ayam goreng ?

Blogger Famous
Kalau nak cerita kan, aku memang teringin jadi Blogger Famous. Siapa taknak ? Tapi takpe. Akhirnya aku dah dapat gelaran tu. Kalau tak dapat, tak mungkin kawan kawan aku semua sebuk tanya "Mira, post kau tu tentang siapa?" "Mira. Blog kau lawa lah." Mira.. Mira.. Mira.. So dah terkenal di sekeliling kawan kawan aku, dah lah. Semua is setel maa.

Okay, semua itu hanya angan-angan ya. Kepada adik-adik diluar sana, teruskan usaha anda untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Sekian. JANGAN TIRU SAYA. WAKAKA.

No comments:

Post a Comment