5 Don'ts in Editing

Assalamualaikum

Entri kali ni adalah untuk awak awak semua yang minat dalam photography-ing (memaksa) tetapi belum reti nak menjadi photography-ing (memaksa lagi). Hari ini kita lebih ke editing ya. Sebagai contoh, ada yang suka sangat ambil gambar. Taksub bebeno kau ambil gambar muka sendiri. Tak kira ada jerawat ke takde jerawat ke mesti dan wajib fokus dekat mata. Some girls love to take their eyes. Rounded eyes. because of editing effect... Who cares ? (muka menyampah)

So for those who loves for being a photographer, especially untuk muka awak sendiri. Pastikan ikut 5 Don'ts ini. Sekiranya awak tak ikut, first absolutely awak bukan photographer tahap tinggi. Second, awak mungkin perlu belajar lagi.

1. Jangan edit terlampau messy
Sometimes ada orang yang suka edit. Bagus lah kalau awak suka meng-edit gambar. 
Kerja edit gambar bukan senang tahu. Ada orang dia suka gamabr tu wajib ada frame, nama, hashtags, ayat-ayat yang tomey tomey, gambar icon icon yang kawaii sangat. 
kadang dia letak muka boyprengg or muka TOP or muka Taeyang or sesiapa jelah yang dia nak tayang. Tambah itu ini dan buat satu gambar yang cantik menarik tu menjadi peta dunia dengan tambahan 17 lagi benua yang serabut. Orang tengok atas bawah kiri kanan pun tak tahu apa mesej gambar tu ditayang kan. Walaupun ada muka Taeyang.

2. Jangan suka ambil gambar over exposure
Over exposure means kalau gambar tu kita ambil gambar dengan ISO yang tinggi (Pengguna DSLR akan faham) akan menyebabkan gambar terlbih putih. Sehingga menjadikannya over exposure. Atau orang sebut high exposure. Kalau terlampau gelap itu low exposure. Sebab ada dikalangan kita, sengaja nak ambil gambar cerah cerah sampai sakit mata. Ada effect glow like artis gitu. Boleh tapi jangan OVER! Dah tau gambar tu over exposure tetapi awak teruskan hajat untuk menurunkan exposure dia tu dan jadikan gambar awak normal. kalau dia jadi normal tak apa, kalau dia jadi bangla tiba tiba. Kawan kau sendiri akan comment "Weh, sejak bila kau jadi bangla? Hitam tidak, putih tidak. Okay." No offense.

3. Jangan suka edit terlampau
Kadang dalam satu gambar tu kan, orang suka sangat edit mata bulat kalah Korean. Mata dah bulat di kasi bulat. Entah mata siapa dicungkil. Pipi dah kalah lah artis yang pakai botox. Belum lagi dengan dada yang SHHHHH. Fikir sendiri. Semua nak di edit. Bukan jerawat je sekarang orang edit. Tapi untuk apalah edit jerawat, kadang kala dengan adanya jerawat muka kita nampak lebih sexy taww. Awww.

4. Jangan ambil gambar dari jarak jauh kemudian edit jadi dekat
Haa, ini panjang sikit. Kalau kita dah ambil gambar jauh (yang bukan dslr) like guna handphone, lepastu kita crop sikit, sana sikit sini sikit, dan benda tu jadi dekat dan gambar itu di post ke sosial media, please jangan teruskan niat awak. Sebabnya ialah gambar itu akan pecah, apabila gambar itu pecah, dia tak lawa dan muka awak pun takkan nampak. Sebab gambar jauh bila awak crop dia akan jadi kecil dan dekat, bila jadi macamtu, semua benda dah tak nampak dah. Siryes.

5. Jangan sesekali letak tulisan kotor di gambar
Rasanya tak perlu dijelaskan, cuma tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment