Program Innovasi Kelab Sekolah 2013 Peringkat Negeri Sembilan

Assalamualaikum

Hi semua. Mira haritu ada masuk dalam satu program di sekolah. Program ni diadakan pada Hari Sabtu minggu lepas. Mira dapat tempat ketiga dalam acara Kereta Kabel. Firstly, pagi tu mcm biasa semu berkumpula. Lepastu duduk di nombor anda. Myra nombor 37. Time tu Myra ckp dkt kwn kwn...
"Alhamdulillah kita dapat no 37. Bertuah nombor ni. Mcm no fon aku." Pastu gelak gelak apa semua. Setiap kumpulan dapat toolkit dan badges. Kinda like pin. Bentuk dia rupa ni

Agak comel sebenarnya. Kecil sangat. Ini utk membuktikan bahawa kami menyertai program ini dan dapat makan free ! Bab makan free aku memang melaju je. Apa ? Makan free kot. Siapa tak nak kan. Dah dapt pin dan toolkit, pasang la pin tu dekat baju or tudung. Dapat toolkit tu first first rasa mcm org bangang tauu. Apa nak buat ni ? Apa nak buat ni ? Aku kelas Account, menda aku tahu pasal ni semua. Kalau aku Teknologi tadi bagus juga. Dah siap tu, aku pun pergi intai sebelah si budak ST punya. Ohh, lidi tu cantum dgn roda... Aku pun buat dan jadi.

Kawan kawn lain ada yang jadi manusia pelekat, sebab dia hulur tangan, dan yang sorg lagi potong selotip dan lekat di tangan dia. Kalau kitaorg tengah sibuk, main taik je pelekat tu dari tangan, si empunya tangan hanya mampu menjerit kesakitan. Thankyouu Nad. And... Sorry.

Dah siap tu, mula lah ada yang reka bentuk apa semua. Dah siap kitaorg cuba uji tapi masa tinggal 5 minit. Kitaorang sebenarnya diberi masa 30 minit, tapi kitaorgkan tgh blank so... 15 minit kitaorg terpelanguk mcm org gila. Duduk situ, gelak gelak, borak borak. Tiba tiba terlintas difikiran. 

Dah cuba uji, yess laju dan berjaya ! Sekrang masa untuk dinilai pula... 
Turunkan kereta graviti tu (nama dia) dari papan yang tak terlalu cerun dan tak terlalu landai. Elok elok straight, dia jadi senget. Fine. Pertama, buat malu, kedua memang memalukan. Ambil je kereta tu, terus masuk dalam dewan, gelak gelak macam orang gila. 

Untuk aktiviti kedua pula, buat kereta kabel. Time aku dengar nama dia ni, otak ligat berfikir mesti kena guna alat pelik pelik ni. Eh rupanya, TAK ! Guna barang yang macam kereta graviti tadi. Papan plastik, straw, pita pelekat, tali macamtu jee. First first, Fatin dah cakap 

"Weh, kali ni kita kena serious. Tadi hancur. Dahalang alang kita masuk, jangan fikir taknak menang. Walaupun kita masuk terpaksa. Kita kena usaha juga. Faham ?!" 

Kitaorang pun okay je la. Semangat buat, time aktiviti kedua ni memang nak gelak pun takde time. Semua serius. Yang potong papan lah, yang ukur tali lah, yang uruskan selotip lah, semua lah. Dah siap semua, pergi lah try dekat luar, YES lurus dan laju. Time uji dekat cikgu. 3 kali tak menjadi sebab ada tangan yang mengusik. Rasa gugur jantung tu sebab cikgu tak terima. Disebabkan kitaorang uji time dah nak rehat, semua peserta sibuk rehat, group aku sibuk menguji. Usaha tangga kejayaan kan ?

Dah try and try and try, laju dan tiada terti angin dan perfect. Tiba tiba cikgu tanya "kumpulan berapa ?" Dengan bangga menjawap 37, cikgu.
Cikgu pun tersenyum dan dia jata "nanti saya tambah kalau ada tempat" hampa weh.. Hampaa.

Dah tu pergi lah ambil makan dan minum. Dah siap makan, makan mihun dengan air teh. Aku takleh minum teh pagi pai, perut mula lah memulas 3 hari 3 malam. Mula berjalan jalan lah kan. Jumpa ayish hihihi. Siap makan semua masuk ke dewan buat kereta bermotor. Okay, kereta bermotor ni, dia gunakan kereta graviti tadi. Hanya perlu tambah motor dan battery. Nak gam kena guna hot glue gun. 

Nak kata aku suka dgn benda benda robotik mi, aku memang tak suka. Tetapi semua pelajar 1A, 1B, 2A, 2B, 4SC, 4ST dan 4SPA diwajibkan untuk masuk program ni. Alang alang dah masuk, orang yang menganjurkan tu cakap guna kreativiti. Tak kisah cantik ke kemas ke yang penting benda kereta tu jalan. Dan ini lah rupa kereta graviti + kereta bermotor group 37 yang hampeh.


Disebabkan terlampau panas (sebab kitaorang buat uji kaji di tapak perhimpunan dibawah cahaya matahari yang terik tu woo. Terasa HOT sangat), hit glue gun kitaorg yang utk melekatkan motor pun cair dan setengah jalan dia berhenti. Lumba secara besar besaran ni. Tapi aku punya 1/4  jalan dah berhenti dah. Teruk gila nak mati. Kali kedua buat lagi, laju tapi masuk ke longkang pulak. Tah apa jadi dekat kereta tu. Satu group pun marah dekat kereta graviti ni, kitaorg pun lepaskan dia di lantai dan kitaorang menuju dewan yang 500m di hadapan kitaorang. Tiba tiba kereta graviti kitaorang tadi, straight betul betul depan dewan. Motor takde berhenti, laju dari kaki kami semua perfect. Ni nak mengamuk ni. Tadi time lumba punya lambat, siap berhenti tengah jalan. Sekarang orang suruh takyah jalan, dia pulak yang meluru terlebih dahulu. Ish, tampar kang.

Time rehat versi kedua pula, tengah hari makan nasi ayam. Sambil bergosip. Kemudian nak beli air dekat vending machine, tapi time duit aku tak masuk pula kau ya. kenapa semua vending machine dengki dengan aku ? kejam sungguh. kawan kawan aku minum, aku haa yang tak dapat. jumpa dgn cikgu dan cikgu cakap "Nanti tau la dapat ke tak nombor 37 tu."

tadi hati dah berbunga tiba tiba cikgu suruh nanti, rasa hampa hati weh. Memang hampa lah, gua cakap lu. Dah gosip semua. Masuk kembali ke dewan bergosip lagi. Kemudian pukul 2.00 masuk ke dalam dewan semula. Buat prototaip bincang bincang semua, time utk buat pendokumentasian. Pembentangan tentang prototaip yang kita buat. Banyak yang khayalan. Tapi sebab dah petang, semua happy je. Sebab cara mereka buat pembentangan tu, memang sumpah lawak. Tongkat gps dan cincin pengesan, photostet vending machine, baju panas sejuk, penggosok automatik, kereta terbang, semua lah yang pelik pelik. 

Now, masa utk beri hadiah. Time tu memang gementar gila. Tiba tiba... "No. 1 ialah...." Hati time tu dah mcm org gila tau. "No. 2, jatuh ke kumpulan.. 3!!" Wow berdebar. Tiga tu dah sama dah. "No.3, jatuh ke kumpulan 37 !!" Rasa nak gugur jantung. Menjerit ye. Menjeriiittt. Bangga dan lega. Dapat satu beg penuh makanan. Dah dapat hadiah, cikgu kata sijil nanti cikgu akan bagi. Paling best, bahagikan makanan. Dah bahagikan bawa balik dgn penuh bangga.

Kalau nak diikutkan, takde lah boring sangat program macam ni. Seronok gila. Mungkin sebab aku dah terbiasa belajar benda macam ni, tapi menurut firasat aku... First memang tak best. Tapi datang jelah. Dapat sijil peringkat negeri. Then, menang pulak tu. Memang best lah. Nak tengok ? Ini dia. 


Ini dia benda yang membuatkan kitaorang menang. Yess tonkereta kabel ! Teringin pulak naik kereta kael. Bye ollss. Nak sambung tidur. Penat. Wkwkwk.


No comments:

Post a Comment