Random questions

Assalamualaikum and HI
Guys, siyes lama gila tak berjumpa awak awak semua. Hahaha, okay ramai betul tanya soalan pelik pelik kan ? Dunia semakin maju, soalan pelik mula menjelma. Pun boleh. Last last terpaksa aku buat page "FAQ's" Kadang geram jugak, sorang sorang tanya. Soalan yang selalu di dengar.. 
  1. Still guna blog ke ?
  2. Blog ada berapa ?
  3. Apa itu blog ?
Okay, soalan ketiga tu tak waras. Rasa kalau ada yang tanya memang dah lama campak dia dalam tong sampah. Macam lah kuat nak angkat, badan cekeding nak humban orang dalam tong sampah seolah-olah badan seperti seorang HULK ye. Okay post ni khas lah untuk awak semua yang bertanya. Kadang bukan apa, penat sangat nak menjawap soalan sama. Contoh macam awak tengah berjalan di kedai, seorang pekerja datang "Awak Putri Amira ke?" Kemudian saya menjawab "Ya, sayalah tu." Kemudian dia tersenyum dan dia lari. Lepastu dengan muka sibuk nak shopping saya cari baju kemudian datang lagi seorang bertanya soalan yang sama. 

Sekali dua mungkin rasa seronok like "WOW, I GOT FANS. IM SO HOT BABE !!" Tapi kalau dah sampai sepuluh orang datang dan tanya soalan yang sama sampai kacau kita nak shopping memang minta kena humban ah kan. Okay bajet disitu. Tapi memang betul, rasa annoying tu sama seperti situasi diatas. Walaubagaimanapun, cerita diatas rekaan je. Ada ke sebenarnya yang bila nampak aku berjalan akan tegur dan tanya "Ini Putri Amira ke?!" Paling tak semua pandang atas bawah, yang kanan pandang kiri yang kiri pandang kanan seolah-olah aku baru lepas bunuh sekampung. Ha Ha Ha.

Back to benda ni, aku cakap nak jawab soalan satu satu kan? 

FIRST: Still guna blog ke ?
Rasanya mungkin sudah boleh lihat, saya memang tak guna blog dah. Saya hanya menaip tentang kehidupan saya di sebuah laman sesawang yang saya reka sendiri dan bantuan sebuah laman sesawang terkenal yang dipanggil sebagai blogger dan setiap yang mempunyai akaun blogger mesti mempunyai blog di laptop saya yang sudah lama dan kemungkinan dibuang adalah cerah sekali. Akhir kata, saya memang sudah tiada aka blog lagi. Cewah, ayat seperti marah je kan, tapi memang kenyataan. Masih ada yang bertanya, walhal aku dah paparkan link link aku di home facebook mereka. Sengaja menyemak agar tiada yang tanya soalan sebegini, tapi tetapi ada yang tanya. Takboleh buat apalah.

SECOND: Blog ada berapa?
Okay, soalan ini waras. Sememangnya dahulu aku memang ada tiga blog. Yang pertama template blogskin, kedua template denim, ketiga simple. Time tu memang ada orang tanya nak buat bentuk macam mana, aku suruh je buka blog 1 ke blog 2 ke blog 3. Tapi tambah kerja lah sampai setiap minggu kena meng-update. Sebab kadang boring, tapi untuk apalah kan buat sampai tiga blog bila difikir balik. Macam batak sangat walhal memang pun. Time tu rasa aku je yang berkuasa ada tiga blog. Bangga tau. Sekarang aku sudah menjauhi sifat sombong, bongkak, riak dan berlagak itu. Aku terus buang, buang, buang dan KINI... Aku bertekad... Aku hanya ada dua blog sahaja. Dua jugak. Sekejap lagi, tinggal satu je. Percaya lah. At last, tetap tak. Sebab blog yang pertama itu, memang peribadi. Memang siyes tak mungkin didelete. Cerita lama baru semua disitu. Mwehehehe. 

THIRD: Apa itu blog ?
Rasanya time soalan ini aku akan pengsan. Tak mungkin dirimu tidak tahu apa itu blog ? Tak mungkin. Impossible~ Impossible~ Impossible~ Okay muncul pulak lagu Shontelle. Ha Ha Ha. lama tak dengar lagu tu. Okay, blog ye ? Lain kali kita cerita okay beb. Sekian. Jumpa nanti okay ? 


Sudah terjah blog Frhnxoxo ? Ada giveaway yang menarik untuk dimenangi sehingga 20 June 2013 !! 

No comments:

Post a Comment