Pengembaraan Bermula: Part I

Assalamualaikum and HI
Nak bercerita pasai percutian cheq dekat Pahang haghitu. Time Tahun Baru Cina haritu, ada lah sekolah bagi cuti selama seminggu kepada bebudak sekolah. Lagipun dekat calendar dah tertulis cuti dah. So, kalau sekolah tak bagi memang kena kaw lah dengan pelajar sekolah ye. Kami bab cuti memang laju lah. Jangan cakap kami taktahu. Tapi, siyes aku taktau time tu cuti. Seronok melepak dengan kawan. Wohoo~

Time tu sepupu datang lah rumah, dia saja nama pun cuti dok lah rumah melepak. Dah takde tempat nak mengadu kononnya. Sebab dekat kampus katanya sunyi, macam Bandar Tidak Bernyawa. Sedangkan first time dia datang rumah aku pun dia cakap macam Taman Perumahan Berhantu, so tak heran. Merepek repek aje dia tu. Pagi tu, lepas sarapan dia ajak pergi Mid Valley, mengisi masa lapang kononnya. Jalan-jalan punya pasal memang semangat lah wa cakap lu. Wa pun yang senarnya malas sangat nak mandi. Kalau boleh lepas sarapan tu memang ingin melabuhkan badan di katil dan menutup mata sambil mimpi tertidur di tepi pantai bersama Aaron Aziz. Cewah, gitu. Setakat berangan boleh lah. 

Dah kemas sana sini, mama masuk bilik. Kitaorang biasa sangat dah sebelum mandi gosip dulu. 30minit ke 1Jam sebelum mandi konfem gosip dulu. Tak kire lah hal semasa atau bukan semasa. Kadang cerita 20 tahun lalu kalau boleh masuk sekali. Ekeke. Dah cite cite, mama cakap Jom pi mandi sungai. Kitaorang, you guys mandi sungai kami lepak Mid. Tapi mama cakap Alah, tengok wayang pun best. Tiba-tiba adik aku yang kecil, Hafiz jerit siap berpakaian penuh segak Sungai ! Sungai ! Macam orang berkempen pun ada. Okay lah anak manja of course he wins. Lepastu, mama cakap Bawa jelah baju, kita ikut papa. Kalau pergi Mid, Mid lah. Kalau pergi sungai ke tidoq hotel ke at least dah ada baju. Aku perempuan kan, konfem kemas cepat cepat. Baju tiga pasang, dalaman bawa semua kalau boleh. Takut sehari tu aku mandi sungai sampai 5 kali je. Hihihi.

Then naik kereta Advanza kalau tak silap, atau apa jelah. Naik naik, kata gi Pahang, and me was like PAHANG ?! Yippie, Genting Highlands! Tapi tak bawa jacket, mama cakap bawa pulak. Thank god! Dalam advanza tuu siap bawa bantal wa cakap lu. Phone masing masing charge full. Charger sorang je bawak. Nak charge gilir gilir lah. Dua sebenarnya, satu dalam kereta. Dah lah macam orang gila kelam kabut kabut. Abang sepupu aku pun call kawan dia kecek ganu, padahe dekak Pahang ha. Lantak lah weh. Dia nak call so berhenti di sebuah gerai tepi jalan jual Nangka. Fuu~ Manis tak terhingga. Fresh woo.

Memang fresh gila kan. Bapak besar weh.





Lepastu sambung jejalan, sampai lah ke bukit. First boring je pergi Genting. Pergi Pahang, confirm Genting. Cameron sebenarnya nak pi. Tetiba mama fikir gi Fraser Hills sebab belum pernah, sampai je muka masing masing ketat macam ni -______________- 

Indah khabar dari rupa. Ala ala Portuguese. Tapi, tak terlalu sejuk dan just a several cottage and bungalow and a few shelter for the tourist like us. Malangnya, kami tiada tempat berteduh. Hahaha. Rehat kejap, makan lah ayam yang diorg jual dkt gerai gerai berdekatan. Padat gila. Memang padat. Penuh. Sesak. Tunggu dah malam sikit lah baru boleh turun.

Apa pun, tunggu cerita selanjutnya ya. Rehat dulu dengan gambar dibawah. Goodnight, have a nice day ;)



Memang candid ah ^__^








No comments:

Post a Comment