Assalamualaikum and HI
Nak bercerita pasai percutian cheq dekat Pahang haghitu. Time Tahun Baru Cina haritu, ada lah sekolah bagi cuti selama seminggu kepada bebudak sekolah. Lagipun dekat calendar dah tertulis cuti dah. So, kalau sekolah tak bagi memang kena kaw lah dengan pelajar sekolah ye. Kami bab cuti memang laju lah. Jangan cakap kami taktahu. Tapi, siyes aku taktau time tu cuti. Seronok melepak dengan kawan. Wohoo~

Time tu sepupu datang lah rumah, dia saja nama pun cuti dok lah rumah melepak. Dah takde tempat nak mengadu kononnya. Sebab dekat kampus katanya sunyi, macam Bandar Tidak Bernyawa. Sedangkan first time dia datang rumah aku pun dia cakap macam Taman Perumahan Berhantu, so tak heran. Merepek repek aje dia tu. Pagi tu, lepas sarapan dia ajak pergi Mid Valley, mengisi masa lapang kononnya. Jalan-jalan punya pasal memang semangat lah wa cakap lu. Wa pun yang senarnya malas sangat nak mandi. Kalau boleh lepas sarapan tu memang ingin melabuhkan badan di katil dan menutup mata sambil mimpi tertidur di tepi pantai bersama Aaron Aziz. Cewah, gitu. Setakat berangan boleh lah. 

Dah kemas sana sini, mama masuk bilik. Kitaorang biasa sangat dah sebelum mandi gosip dulu. 30minit ke 1Jam sebelum mandi konfem gosip dulu. Tak kire lah hal semasa atau bukan semasa. Kadang cerita 20 tahun lalu kalau boleh masuk sekali. Ekeke. Dah cite cite, mama cakap Jom pi mandi sungai. Kitaorang, you guys mandi sungai kami lepak Mid. Tapi mama cakap Alah, tengok wayang pun best. Tiba-tiba adik aku yang kecil, Hafiz jerit siap berpakaian penuh segak Sungai ! Sungai ! Macam orang berkempen pun ada. Okay lah anak manja of course he wins. Lepastu, mama cakap Bawa jelah baju, kita ikut papa. Kalau pergi Mid, Mid lah. Kalau pergi sungai ke tidoq hotel ke at least dah ada baju. Aku perempuan kan, konfem kemas cepat cepat. Baju tiga pasang, dalaman bawa semua kalau boleh. Takut sehari tu aku mandi sungai sampai 5 kali je. Hihihi.

Then naik kereta Advanza kalau tak silap, atau apa jelah. Naik naik, kata gi Pahang, and me was like PAHANG ?! Yippie, Genting Highlands! Tapi tak bawa jacket, mama cakap bawa pulak. Thank god! Dalam advanza tuu siap bawa bantal wa cakap lu. Phone masing masing charge full. Charger sorang je bawak. Nak charge gilir gilir lah. Dua sebenarnya, satu dalam kereta. Dah lah macam orang gila kelam kabut kabut. Abang sepupu aku pun call kawan dia kecek ganu, padahe dekak Pahang ha. Lantak lah weh. Dia nak call so berhenti di sebuah gerai tepi jalan jual Nangka. Fuu~ Manis tak terhingga. Fresh woo.

Memang fresh gila kan. Bapak besar weh.





Lepastu sambung jejalan, sampai lah ke bukit. First boring je pergi Genting. Pergi Pahang, confirm Genting. Cameron sebenarnya nak pi. Tetiba mama fikir gi Fraser Hills sebab belum pernah, sampai je muka masing masing ketat macam ni -______________- 

Indah khabar dari rupa. Ala ala Portuguese. Tapi, tak terlalu sejuk dan just a several cottage and bungalow and a few shelter for the tourist like us. Malangnya, kami tiada tempat berteduh. Hahaha. Rehat kejap, makan lah ayam yang diorg jual dkt gerai gerai berdekatan. Padat gila. Memang padat. Penuh. Sesak. Tunggu dah malam sikit lah baru boleh turun.

Apa pun, tunggu cerita selanjutnya ya. Rehat dulu dengan gambar dibawah. Goodnight, have a nice day ;)



Memang candid ah ^__^








Pengembaraan Bermula: Part I

by on May 26, 2013
Assalamualaikum and HI Nak bercerita pasai percutian cheq dekat Pahang haghitu. Time Tahun Baru Cina haritu, ada lah sekolah bagi cuti sel...
Assalamualaikum and HI
Guys, siyes lama gila tak berjumpa awak awak semua. Hahaha, okay ramai betul tanya soalan pelik pelik kan ? Dunia semakin maju, soalan pelik mula menjelma. Pun boleh. Last last terpaksa aku buat page "FAQ's" Kadang geram jugak, sorang sorang tanya. Soalan yang selalu di dengar.. 
  1. Still guna blog ke ?
  2. Blog ada berapa ?
  3. Apa itu blog ?
Okay, soalan ketiga tu tak waras. Rasa kalau ada yang tanya memang dah lama campak dia dalam tong sampah. Macam lah kuat nak angkat, badan cekeding nak humban orang dalam tong sampah seolah-olah badan seperti seorang HULK ye. Okay post ni khas lah untuk awak semua yang bertanya. Kadang bukan apa, penat sangat nak menjawap soalan sama. Contoh macam awak tengah berjalan di kedai, seorang pekerja datang "Awak Putri Amira ke?" Kemudian saya menjawab "Ya, sayalah tu." Kemudian dia tersenyum dan dia lari. Lepastu dengan muka sibuk nak shopping saya cari baju kemudian datang lagi seorang bertanya soalan yang sama. 

Sekali dua mungkin rasa seronok like "WOW, I GOT FANS. IM SO HOT BABE !!" Tapi kalau dah sampai sepuluh orang datang dan tanya soalan yang sama sampai kacau kita nak shopping memang minta kena humban ah kan. Okay bajet disitu. Tapi memang betul, rasa annoying tu sama seperti situasi diatas. Walaubagaimanapun, cerita diatas rekaan je. Ada ke sebenarnya yang bila nampak aku berjalan akan tegur dan tanya "Ini Putri Amira ke?!" Paling tak semua pandang atas bawah, yang kanan pandang kiri yang kiri pandang kanan seolah-olah aku baru lepas bunuh sekampung. Ha Ha Ha.

Back to benda ni, aku cakap nak jawab soalan satu satu kan? 

FIRST: Still guna blog ke ?
Rasanya mungkin sudah boleh lihat, saya memang tak guna blog dah. Saya hanya menaip tentang kehidupan saya di sebuah laman sesawang yang saya reka sendiri dan bantuan sebuah laman sesawang terkenal yang dipanggil sebagai blogger dan setiap yang mempunyai akaun blogger mesti mempunyai blog di laptop saya yang sudah lama dan kemungkinan dibuang adalah cerah sekali. Akhir kata, saya memang sudah tiada aka blog lagi. Cewah, ayat seperti marah je kan, tapi memang kenyataan. Masih ada yang bertanya, walhal aku dah paparkan link link aku di home facebook mereka. Sengaja menyemak agar tiada yang tanya soalan sebegini, tapi tetapi ada yang tanya. Takboleh buat apalah.

SECOND: Blog ada berapa?
Okay, soalan ini waras. Sememangnya dahulu aku memang ada tiga blog. Yang pertama template blogskin, kedua template denim, ketiga simple. Time tu memang ada orang tanya nak buat bentuk macam mana, aku suruh je buka blog 1 ke blog 2 ke blog 3. Tapi tambah kerja lah sampai setiap minggu kena meng-update. Sebab kadang boring, tapi untuk apalah kan buat sampai tiga blog bila difikir balik. Macam batak sangat walhal memang pun. Time tu rasa aku je yang berkuasa ada tiga blog. Bangga tau. Sekarang aku sudah menjauhi sifat sombong, bongkak, riak dan berlagak itu. Aku terus buang, buang, buang dan KINI... Aku bertekad... Aku hanya ada dua blog sahaja. Dua jugak. Sekejap lagi, tinggal satu je. Percaya lah. At last, tetap tak. Sebab blog yang pertama itu, memang peribadi. Memang siyes tak mungkin didelete. Cerita lama baru semua disitu. Mwehehehe. 

THIRD: Apa itu blog ?
Rasanya time soalan ini aku akan pengsan. Tak mungkin dirimu tidak tahu apa itu blog ? Tak mungkin. Impossible~ Impossible~ Impossible~ Okay muncul pulak lagu Shontelle. Ha Ha Ha. lama tak dengar lagu tu. Okay, blog ye ? Lain kali kita cerita okay beb. Sekian. Jumpa nanti okay ? 


Sudah terjah blog Frhnxoxo ? Ada giveaway yang menarik untuk dimenangi sehingga 20 June 2013 !! 

Random questions

by on May 24, 2013
Assalamualaikum and HI Guys, siyes lama gila tak berjumpa awak awak semua. Hahaha, okay ramai betul tanya soalan pelik pelik kan ? Dunia ...
Assalamualaikum and HI
Let's talk about giveaway ! See this banner ? Jom kita mula. Tujuan saya dan Farahana mengumumkan give away lebih awal adalah untuk buat anda semua tahu, takut last minit anda macam takde mood ke. Macam terlupa ke. Jadi kita cerita awal awal.

http://3.bp.blogspot.com/-Ht8WRe1FazQ/UZc6gBzcWwI/AAAAAAAAB9s/UZbfKElwGGI/s1600/giveaway1.jpg 

Cara Penyertaan :
1. Follow blog FRHNXOXO dan blog MYRAAAAAWR
2. Buat entry tentang giveaway ini, tajuknya "Random Giveaway by Frhnxoxo & Myraaaaawr"
3. Jangan lupa letak banner sekali dan link kan ke entry ini.
4. Macam mana nak dapat giveaway kan kalau sendiri tak komen di entry ini. Jangan lupa komen. Ini serius.
5. Tag kepada lima orang rakan anda, pastikan mereka tahu.
6. Tarikh tutup 20 June 2013 11.59pm
7. Follow INI dan INI sekali


        Follow :

Follow/Like/Add Blog/Facebook Sponsor















FOLLOW:
  1. Dazzling Lens House
  2. ShawlsToLove
  3. Wanaowen'S
  4. CIK ANIS
  5. Kina Felt Craft
  6. Huda
  7. LollyShoppe
Hadiah :
  • 10 x RM10 voucher lens by Dazzling Lens
  • 3 x RM5 voucher by ShawlToLove
  • 1 x sabun kolagen by Wanaowen's
  • 1 x cincin by Mustachic
  • 1 x sabun gluta 3 layer by sweetybeauty shoppe
  • 2 x brooch felt by Cik Anis
  • 3 x voucher diskaun 5% by tudung4u
  • 1 x shiseido black mask by Anseneda shop's
  • 1 x handmade keychain by lollyshoppe
  • 2 x review blog by huda
  • 10 x voucher shopping by Xara Xandra Boutique
  • 5 x voucher postage by lollyshoppe
Menarik kan ? Anda hanya perlu copy entry ini, dan tag kepada lima orang rakan anda, pastikan mereka tahu :) Sekian, Terima Kasih :]